Majlis mereka sepatutnya berlangsung pada 6 Februari depan, bagaimanapun Harris berkata dia akan memajlumkan sekiranya berlaku perubahan tarikh kelak.
“Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan tarikh pernikahan masih tidak berubah cuma kalau ada apa-apa perubahan saya akan maklumkan.
“Cuma buat masa ini saya dan Intan sedang menunggu prosedur operasi standard (SOP) baru yang akan dikeluarkan kerajaan supaya kami dapat merancang untuk persiapan perkahwinan kami yang akan diadakan di sebuah masjid di Kuala Lumpur,” katanya.
Dalam pada itu, Harris memberitahu sukar untuknya memberikan jawapan berkenaan persiapan perkahwinannya memandangkan tidak boleh menjangkakan sama ada PKP akan dilanjutkan atau tidak.
“Sekarang ini nak jawab apa pun saya tak tahu. Kita tak boleh jangka sama ada PKP bersambung atau tidak.
“Berkenaan persiapan majlis pernikahan dan resepsi kami tunggu SOP baru keluar, kemudian baru fikir sama ada nak tangguh atau teruskan. Susah nak beri jawapan sekarang sebab hari ini baru hari pertama PKP,” katanya.