Ebit percaya ujian yang menimpa kerana ALLAH sayang turut memberitahu memaafkan apa yang terjadi dan memaafkan sesiapa sahaja.
“Perkara ini membuatkan saya lebih bersemangat dan saya akan terus membuat kebaikan sampai saya m4ti,” katanya kepada media selepas memberikan keterangan di Bukit Aman di sini pada Khamis.
Ebit dipanggil ke Bukit Aman, bagi membantu sias4tan berhubung kes g4ngguan seksu4l yang dijalankan oleh Bahagian Sias4tan Jen4yah Seks.ual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Sias4tan Jen4yah (JSJ) Bukit Aman.
Pendakwah itu tiba bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican pada jam 9.30 pagi sebelum keluar dari Bukit Aman pada jam 2 petang.
Terbaru, Ebit Lew terus menjalankan kerja-kerja dakwa seperti biasa dan menyampaikan misi bantuan kepada penduduk di Yan Kedah
“Ziarah dan misi bantuan ke Yan Kedah. Bawa hadiah Tilam dan barang makanan serta sumbangan. Sebak lihat di pusat operasi menyelamat ini lebih 300 orang. Tadi berjumpa Ketua pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama Bomba, PDRM, APM, Rescue Bencana Malaysia, dan Ngo lain yang dari awal membantu.
Masjid Jamek Yan dan Sekolah Kebangsaan Hj Nyak Gam menjadi tempat tumpuan NGO membantu. Sekolah habis semua komputer,alatan, meja, perabot,sehingga semua cakap sama semua pakaian habis sampai tiada pakaian dalam. Ramai yang cuma dapat selamatkan diri je. Perabot dan barang elektrik semua habis. Sedih lihat mereka. Berat ujian.
Petugas bertungkus lumus mencari mangsa banjir. Belum pernah terjadi sebesar ini kata mereka. Kami bersama team Masjid Jamek Yan dan Masjid Ahmadiah bawa sedikit bantuan dan sumbangan buat petugas disini. Semoga menjadi asbab kebaikan”
Hanya Pemeriksaan Biasa Di Rumah Ebit Lew – Polis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya melakukan pemeriksaan biasa di kediaman pendakwah, Ebit Lew di Setia Alam semalam bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pemeriksaan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan.
“Kita hanya melakukan pemeriksaan yang biasa dilakukan dan ia bertujuan untuk melengkapkan siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sekiranya terdapat barangan yang dirampas ketika pemeriksaan di kediaman pendakwah terbabit dilakukan.
Kosmo! semalam melaporkan, polis melakukan pemeriksaan bagi mencari bahan bukti di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam, dekat sini.
Ia susulan tiga buah kenderaan disyaki milik PDRM dilihat memasuki kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.15 petang.
Selang beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah terbabit turut memasuki kawasan perumahan itu.
Siasatan terhadap Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh beberapa individu yang mengaitkan pendakwah terkenal itu dengan dakwaan gangguan seksual.
Selepas Dipanggil Polis, Ini Yang Berlaku Kepada Kem Motivasi Ebit
Sambutan orang ramai untuk menyertai kem motivasi dan bina semangat, ceramah dan seminar kendalian Ustaz Ebit Lew semakin mendapat tumpuan di sebalik apa yang berlaku ketika ini ke atas penceramah terkenal itu.
Jurucakap urusetia kem tersebut berkata, ketika ini semua urusan kem motivasi dilakukan secara online ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa bagi mengekang penularan Covid-19.
“Setakat ini, pendaftaran masih berjalan seperti biasa dan semakin mendapat sambutan. Apa yang berlaku ke atas ustaz seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan pun.
“Ramai yang sayang dengan ustaz dan kita berharap agar apa yang berlaku akan segera berakhir dan segala urusan dapat kembali seperti biasa,” katanya ketika dihubungi.
Baru-baru ini, imej Ebit selaku penceramah terkenal sedikit tercalar apabila terpalit dengan isu bantuan ke Gaza yang didakwa menggunakan cara salah untuk masuk ke Palestin seperti yang dikatakan oleh penyanyi Caprice.
Lebih mengusutkan keadaan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut membuat dakwaan yang sama apabila mengeluarkan kenyataan Ebit membayar syarkat Hala untuk ke Gaza.
Semalam, Ebit dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya
Program motivasi kendalian Ebit sebelum pende.mik Covid-19 sentiasa mendapat sambutan dan ia berterusan ketika dilakukan secara online ketika ini.
Chat Tak Berbalas… Interpol Diminta Bantu Kes4N Caprice, Nadir
PENYANYI rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman perlu dikesan untuk membantu siasatan satu kes dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol).
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, kedua-dua individu tersebut dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.
“Kita sudah berbual (chat) dengan kedua-dua individu ini, namun tidak dibalas, jadi kita telah minta bantuan Interpol untuk kesan dan berhubung dengan mereka.
“Ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian,” katanya.
Katanya, kedua-dua individu berkenaan diminta berhubung dengan polis bagi tujuan siasatan.
“Kita minta kedua-dua individu ini beri kerjasama, untuk rakam percakapan, sebab semua proses kita sudah laksanakan cuma rakaman percakapan kedua-dua individu ini masih belum dapat dijalankan.
“Kita minta kedua-dua ini dapat beri maklum balas secepat mungkin,” katanya.
Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.