CINTA itu bahagia. Namun kadang-kadang ia menyakitkan. Begitulah yang dialami oleh penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan yang pernah murung akibat kecewa dalam percintaan.
“Saya lebih matang dari dulu. Banyak yang saya belajar dari pengalaman. Saya sayang diri sendiri lebih dari dia.
“Dulu saya okay apabila dia tipu dan pukul saya. Waktu itu saya terlalu sayangkan dia dan nak sehidup semati,”
– Elizabeth Tan
Lizzie juga merancang untuk berkahwin sebelum umurnya 30 tahun. Dah ada calon suami ke?
“Saya sudah merancang kahwin lagi tiga tahun. Saya tak boleh tunggu lama lagi. Sekarang usia saya sudah 27 tahun dan tiga tahun lagi amat sesuai untuk berkahwin.
“Berkenaan calon, saya belum boleh jawab. Mungkin ada dan mungkin tak. Sukar untuk saya mengaku kerana kebanyakan peminat saya adalah lelaki.
“Jika saya umumkan apa-apa saja, ia akan membabitkan karier saya. Saya mengaku takut hilang peminat. Namun usia 30 adalah masanya untuk saya kahwin dan punyai anak dan semua orang akan tahu,”
– Elizabeth Tan
Bagi Lizzie, dia tidak boleh mengharapkan kerjaya seni semata-mata.
“Saya memulakan perniagaan sendiri dengan jual baju jenama Izzi untuk lelaki. Kebanyakan kawan-kawan saya lelaki.
“Saya percaya saya tak boleh bergantung kepada karier ini selamanya. Ini faktor saya mulakan perniagaan. Kalau dah tua nanti sekurang-kurangnya saya sudah ada simpanan. Saya mencuba dan ia adalah pencapaian saya tahun ini.
“Saya baru lancarkan sekali. Minggu depan, saya akan lancarkannya lagi untuk tujuan kebajikan. Saya akan bagi sumbangan untuk MERCY Malaysia,”
– Elizabeth Tan
Lizzie yang akan menyambut Krismas pada Jumaat ini akan muncul dengan lagu baharu berentak balada ciptaan Omar K. Lizzie akan berduet dengan seorang penyanyi lelaki untuk lagu ini.
Lizzie juga akan memulakan penggambaran filem Gila Gusti tidak lama lagi-
*Sumber: WILAYAHKU