in ,

Wak Doyok & Myo Berganding Semula dalam KE JEPUN KE KITA

Setelah rancangan travelog Ke Korea Ke Kita? dan Ke Indonesia Ke Kita? berakhir, kini penonton akan dibawa pula ke Jepun dengan musim baharu berjudul Ke Jepun Ke Kita?. Keserasian Wak Doyok dan Myo (Oh Chentaku) dalam menerajui program terdahulu telah membuatkan mereka bergandingan semula di negara matahari terbit ini.

Ke Jepun Ke Kita, terbitan Primeworks Studios ini telahpun mula disiarkan di TV9 pada 4 Oktober 2016, setiap hari Selasa, pukul 10.30 malam.

KE JEPUN KE KITA

Wak Doyok & Myo Berganding Semula dalam KE JEPUN KE KITA

[dropcap]P[/dropcap]engalaman ketika berada di Korea dan Indonesia yang lalu telah memberi banyak pengalaman kepada Wak Doyok dan Myo sehingga mereka kini sahabat rapat berbanding pertama kali digandingkan bersama dalam Ke Korea Ke Kita?. Ini termasuklah pengalaman melaksanakan tugasan lasak serta permainan mencabar minda yang diberikan oleh pihak penerbit. Wak Doyok dan Myo akan bersaing antara satu sama lain sekali lagi dalam perjalanan mengelilingi Jepun.

[pullquote align=”right”]Krew penerbitan Ke Jepun Ke Kita telah menghabiskan hampir 50 hari di sana untuk menyelesaikan 13 episod Ke Jepun Ke Kita? ini.[/pullquote]

Lihatlah gelagat lucu dan aksi spontan mereka ketika menjalani rakaman dan menyelesaikan misi-misi berbeza di beberapa lokasi seperti di gunung Fuji, Pusat Budaya Islam serta Masjid Ibaraki di Osaka, Stadium Kyocera, dan Pulau Arnab yang dipanggil Okunoshima. Antara lain termasuklah Tokyo, Osaka, Tottori, Shizuoka, Yamaguchi, Gunma, Chiba, dan Hiroshima.

Selain itu mereka juga dapat mempelajari aktiviti-aktiviti kebudayaan yang sinonim dengan negara tersebut iaitu seni pertahan diri iaitu Judo dan kraf tangan yang diperbuat oleh kertas yang dipanggil origami. Antara pesta atau Keraian yang dapat dilihat semasa berada di sana adalah Pesta Hamamatsu dan juga Pesta Namahage.

‘Ke Jepun Ke Kita?’ pada kali ini turut mengundang selebriti popular sebagai tetamu khas iaitu Ruhainies, Mawar Rashid dan Ain Edruce. Mereka akan ke beberapa tempat yang menarik sekitar Osaka dan Tokyo dan jelajah bersama.

Saksikan gelagat lucu dan spontan Wak Doyok dan Myo dalam ‘Ke Jepun Ke Kita?’ pada setiap hari Selasa pada jam 10.30 malam bermula 4 Oktober 2016 hanya di TV9. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV9 iaitu @TV9 Malaysia.

Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my.

KE JEPUN KE KITA

KE JEPUN KE KITA

KE JEPUN KE KITA

KE JEPUN KE KITA

KE JEPUN KE KITA

KE JEPUN KE KITA

KE JEPUN KE KITA

KE JEPUN KE KITA

KE JEPUN KE KITA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarina Zainuddin Terima Anugerah Supermom di Anugerah Intrend Gala 2017

Trailer terbaru Filem MARVEL STUDIOS’ AVENGERS: INFINITY WAR Trending Nombor 1 di Youtube