Budiey nak ucapkan tahniah kepada Wak Doyok… Yeay Menang Anugerah Top Influencer Asia 2015 tu! Proud of you Wak!
Bermula dengan zero, selebriti fashionistas terkenal Wak Doyok sangat teruja dan gembira dengan pencapaian terbesar apabila malam tadi melonjak nama dalam kariernya dengan memenangi Anugerah Top Influencer Asia 2015 di Asian Influence 2015 yang berlangsung di Pan Pacific Singapura.
Paling membanggakan apabila anugerah disampaikan oleh artis terkenal dari Korea iaitu Jay Park. Mantep habis!
Wak Doyok hadir dengan mengenakan baju suit rekaan Lords Tailor dengan memegang tongkat dari World Mc Queen.
Terbaru, Wak Doyok telah memegang watak utama dalam filem Abang Long Fadhil 2 arahan Syafiq Yusof. Wak memegang watak sebagai Mafia, anak kepada A. Galak. Tak sabar pulak nak tonton.
Tahniah Wak Doyok. Semoga terus sukses.