Namun, usaha anda dalam mempromosikan nama Heliza sepanjang Akademi Fantasia berlangsung seharusnya diberi kredit. Heliza.com dan rangka promosi lain seperti gerak gempur, T-shirt Heliza.com dan banner sudah tentu akan menjadi kenangan seandainya tiada tindakan susulan selepas musim AF berlangsung. Kalau boleh kita mahu lihat Heliza.com terus dikemaskini. Setidak-tidaknya, berita Heliza terus dapat diikuti dengan adanya kompilasi artikel dari akhbar. Kepada semua peminat Heliza, semoga anda terus menyokong Heliza selepas ini.
Heliza menerima tiga lampu biru untuk dua lagu nyanyiannya, Cinta Boneka dan Cinta Di Lautan Lalang. Gadis 21 tahun dari Kuala Terengganu ini antara pelajar yang seronok diikuti perkembangannya. Bak kata Fauziah Latiff, Heliza boleh muncul penghibur versatile pada masa depan, dek kepelbagaian bakatnya.
– Berita Harian
Heliza ditanya oleh media tentang karakternya yang palsu dan pandai berlakon demi menagih simpati penonton, Heliza dengan yakinnya menjawab bahawa perangai dan karakter manusia banyak dan boleh berubah mengikut suasana.
Seperti manusia lain juga, Heliza ada ketikanya rasa gembira, seronok, mood tak baik, sedih, geram dan sebagainya. Segala apa yang penonton lihat dalam diari adalah sama dengan karakter Heliza ketika berada di luar Akademi.
Cuma, mungkin pada saya orang akan memberi tanggapan kasar berdasarkan siaran diari yang hanya bersiaran selama 1 jam.
Antara wajah-wajah manis Heliza ketika sidang akhbar Konsert Akhir AF5…