Sebagaimana yang kita sedia maklum, Dato’ Siti Nurhaliza tidak melintasi red carpet pada Anugerah Skrin 2009 lalu. Maklumlah ini hanya anugerah untuk drama dan filem sahaja, bukan anugerah untuk muzik. Kita tunggu sahaja kemunculan penyanyi ini di Anugerah Juara Lagu atau pun di Anugerah Bintang Popular nanti. Lagipun, penat penyanyi yang baru pulang dari Jakarta masih belum hilang.
Jadi, Dato’ Siti Nurhaliza hadir sekadar memenuhi undangan untuk mempersembahkan tiga buah lagu dalam bentuk medley iaitu lagu Balqis, Nirmala dan Ku Percaya Ada Cinta. Anda berpuas hati dengan persembahan Siti kali ini?
Seperti biasa penyanyi terulung yang popular ini tampil cantik dengan busana ala Arabian rekaan Rizman Ruzaini, namun Budiey sangat kecewa kerana persembahannya bagaikan tiada elemen luar biasa. Rata-rata peminat Siti Nurhaliza juga kecewa dengan persembahan penutup Anugerah Skrin kali ini yang terlalu sekejap.
Budiey ada juga mendengar keluhan dari para peminat Siti Nurhaliza yang mengatakan, memang dah jadi perkara biasa apabila nama Siti Nurhaliza dan juga peminat dijadikan umpan atau pelaris untuk mendapat jumlah penonton yang ramai dan Siti Nurhaliza antara tumpuan untuk acara anugerah dan event-event lain.
Menjadi artis terkenal seperti Siti Nurhaliza sememangnya tidak boleh lari daripada undangan seperti ini, namun, apa yang penting pihak Siti dan juga penganjur harus memikirkan tentang konsep showmanship yang lebih luar biasa kerana siang-siang lagi, peminat sudah menetapkan penanda aras dengan showmanship Siti Nurhaliza yang dilakukannya sebelum ini.
Contoh terdekat, apabila Dato’ Siti Nurhaliza dijemput untuk mempersembahkan nyanyian di Konsert Jomheboh di Bukit Jalil Ahad lalu, ternyata ramai peminat terhibur dan berpuas hati dengan persembahan di konsert itu berbanding dengan persembahan Siti di Anugerah Skrin.
Walau sekejap mana pun persembahan Siti di Anugerah Skrin, lensa Budiey tidak letih untuk menangkap gambarnya… hehehe