in , ,

Wajah Terpampang Di New York, Pembakar Semangat Aisha Retno 

Penyanyi Aisha Retno kini kian menyerlah dalam industri hiburan tanah air. Selepas kehangatan single Pencarianku yang dilancarkan beberapa bulan lalu, satu lagi perkara yang memberi sejarah manis dalam hidup Aisha berlaku apabila wajahnya kini terpampang di billboard New York Times Square, Amerika Syarikat sebagai duta kempen Equal daripada Spotify, mewakili Malaysia dan Singapura untuk Julai 2022.

Menurut Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 22, dia sangat bersyukur, gembira dan semakin tidak sabar untuk terus berkarya buat para peminat. 

“Saya sangat-sangat bersyukur dan tentunya semakin berdebar selain tidak sabar untuk melancarkan single terbaru saya berjudul Sutera bersempena perwakilan saya dalam kempen Equal ini untuk memperkasakan wanita. 

“Kepada para peminat saya, saya mahu ucapkan jutaan terima kasih. Tanpa anda semua, siapalah Aisha Retno yang sekarang. Anda tetap setia dengan saya sejak saya mula-mula menyertai program nyanyian hinggalah sekarang. Jadi, kemunculan saya dalam kempen Equal ini adalah sedikit cenderahati untuk anda semua. 

“Seterusnya, nantikan hadiah yang akan datang pada akhir bulan ini, lagu Sutera yang banyak bersangkut paut dengan darjat seorang wanita,” katanya. 

Wajah Terpampang Di New York Times Square Jadi Pembakar Semangat Aisha Retno

Dalam pada itu, Aisha semestinya berterima kasih kepada kempen Equal dan label yang menaunginya, Sony Music Entertainment Malaysia. 

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada kempen Equal dan label saya, Sony Music Entertainment Malaysia yang tak putus-putus membantu dan sama-sama bekerja dalam industri hiburan ini. Walaupun baru dua tahun saya dalam industri, tetapi label saya banyak berusaha dan berjasa kepada saya untuk mengukir nama sebagai penyanyi. 

“Kata-kata tak mampu menggambarkan betapa saya berterima kasih kepada mereka, saya juga amat berterima kasih kepada ibu dan bapa saya kerana mereka lah tulang belakang saya selama ini. Ini baru titik permulaan, semoga Sutera yang bakal saya lancarkan tidak lama lagi mendapat sambutan hangat daripada para peminat,” katanya lagi. 

EQUAL adalah satu kempen global dan ‘evergreen’ yang memperjuangkan ekuiti (hak sama rata) wanita dalam muzik. Ia menampilkan senarai lagu EQUAL dan ‘sister program’ di 35 pasaran dan menembusi lebih 50 negara dari Jepun, Argentina, Poland dan United Kingdom. 

Berdasarkan kajian Annenberg pada tahun 2020, industri audio tidak mendapat ekuiti sempurna kerana hanya 1 daripada lima artis adalah wanita. Justeru, pihak Spotify mengadakan kempen EQUAL di mana hasil karya wanita dapat didengari sepanjang tahun dengan lebih meluas oleh pencinta muzik. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tya Ariffin Sedih, Komen Jelik Tentang Jamu Mutyara Di Aplikasi TikTok

Band KLANGIT Lancar Single Kedua Yang Lebih Padu Berjudul PUSING