Wah, bukan main lagi kurus Raja Ema sekarang ni. Tajuknya tertera Eksklusif Raja Ema Kembali Setelah Menyepi. Ambik ko! Gebussss! Tiba-tiba muncul dengan penampilan terbaru di usianya yang kini dah menjengah 44 tahun. 10 tahun lebih tua dari Budiey. Sekali tengok persis Krisdayanti pun ada. Eh, tengok betul pada hidung Raja Ema sekarang. Nampak lain macam je. Dipercayai dibuat oleh pakar pembedahan plastik atau sekadar kesan solekan yang berkesan.
Apa-apa pun, Raja Ema memang cantik, kalahlah masa dia zaman anak dara dulu. Tapi tak tahu la kalau kita jumpa di dunia luar macamana. Nak gak jumpa dengan Raja Ema nih.
Jangan cepat buat andaian ya. Mana tahu, sekarang ni teknik solekan pun boleh buat macam-macam. Budiey ada dengar seorang juru solek ni boleh solek muka artis dengan teknik yang hebat sehingga menukarkan rupa 70% artis itu menjadi orang lain.
Tapi melihat pada gambar Raja Ema di kulit majalah Nona ni, Budiey rasa sudah tiba masanya Raja Ema nak buat comeback. Suaranya lunak merdu, ya masih. Sekurang-kurangnya, mungkin lepas ni, banyak lagi majalah kat Malaysia akan menampilkan wajah Raja Ema yang seusia dengan Ziana Zain dan Noraniza Idris.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang berita terkini anak Yusni Jaafar ni yang dulunya montel dan membulat ni, korang boleh baca majalah Nona, pasti ada rahsia dan tips bagaimana Raja Ema boleh kuruskan badannya.
Paling ketara adalah susuk tubuh Raja Ema yang kurus dan langsing. Kulitnya gebu seperti zaman dia gadis dulu-dulu.
Masih terngiang-ngiang di telinga, killer song Raja Ema…”Oh sayang, engkaulah jejaka idaman…” Haha, walaupun ada penyanyi baru buat cover lagu ini tapi tak dapat menandingi legasi dan bakat suara Raja Ema.
Siapa suami Raja Ema sekarang ya?
Ini adalah gambar Raja Ema semasa beliau berlakon dalam filem Queen Control bersama Jalil Hamid.