[dropcap]P[/dropcap]ada minggu lalu, 10 Mei 2013, hari Jumaat yang cerah, Budiey telah dijemput oleh Sarawak Energy untuk menyaksikan Pra-Pelancaran Wajah Baru Galeri Muzium Rumah Panjang di Muzium Sarawak. Memang rasa sangat bertuah kerana ini adalah satu-satunya peluang untuk Budiey memijakkan kaki di destinasi pelancongan yang menarik dan yang penting lebih informatif. Walaupun dah banyak kali berkunjung di Bumi Kenyalang itu, tapi sukar untuk mendapat peluang. Terdetik dalam hati, ini adalah peluangnya! Ya, peluang terbaik!
Sebagai info untuk pembaca, Sarawak Energy adalah pembekal tenaga elektrik paling utama di bumi Sarawak. Dengan kerjasama bersama Muzium Sarawak, maka wajah baru galeri ini akhirnya telah berjaya dihasilkan dengan suasana baru yang begitu tersusun dengan eleman yang lebih interaktif dan menepati selera semasa. Memang berbaloi penantian pengunjung di mana galeri ini mengambil masa selama 6 bulan untuk direalisasikan.
Jika anda semua berkumjung di Kuching, Sarawak, apa kata singgahlah sekejap di Muzium Sarawak dan lihat sendiri Galeri Rumah Panjang yang terletak di tingkat satu, Muzium Sarawak ini. Di sini, pihak muzium telah mempamerkan segala macam pameran tentang adat budaya dan juga peninggalam dari orang terdahulu yang menetap di rumah panjang dari dulu sampai sekarang.
Budiey dan media yang hadir menjadi antara yang pertama memijak kaki di galeri yang telah direka semula itu dengan mempamerkan koleksi barangan artifak sejarah, rekreasi dan kehidupan masyarakat pelbagai kaum di rumah panjang. Tidak lupa juga, dipamerkan beberapa foto-foto lama yang nostalgia, sukar untuk dilihat di mana-mana dan cukup eksklusif. Selain itu, cerita-cerita legenda orang dulu-dulu tentang rumah panjang, alat muzik tradisi, kraf tangan, peralatan yang digunakan, perangkap untuk memancing dan memburu dan banyak lagi terdapat di sini.
VIDEO: Welcome Remarks by Director Sarawak MusuemÂ
VIDEO:Â Speech by Puan Aisah Eden, Sarawak EnergyÂ
Semasa pra-pelancaran, Pengarah Muzium Sarawak turut hadir bagi memberi ucapannya. Antara lain beliau mengatakan, kerjasama antara dua pihak, Muzium Sarawak dan Sarawak Energy sekurang-kurang telah mencapat matlamat untuk menjadikan muzium ini lebih sempurna dan tidak ketinggalan zaman dari segi pameran dan daya tarikah. Penonton yang datang juga tak lah rasa bosan apabila datang ke sini. Walaupun ia agak ringkas namun apa yang penting ialah informasi yang diberikan itu berguna untuk dibawa pulang.
[pullquote align=”right”]Dengan adanya galeri yang lebih menepati citarasa semasa, sudah tentu akan membuatkan pengunjung akan terasa mahu datang sekali lagi.[/pullquote]
Di sini, apa yang Budiey lihat, pembaharuan yang dibuat sememangnya mengikut peredaran masa. Terutamanya ada pameran multimedia berteknologi semasa, ada info pada skrin sentuh dan informasi yang sangat terperinci tentang susur galur serta selok belok sejarah rumah panjang. Budiey kira, informasi seperti ini sangat berguna kepada pelajar atau sesiapa sahaja yang mahukan ilmu sejarah kehidupan yang sangat unik di Sarawak.
Rekaan muzium kali ini lebih sesuai untuk anda yang datang secara berkumpulan atau dengan keluarga. Ruang yang lebih luas dan selesa pastinya membuat semua pengunjung rasa mahu berlegar-legar tanpa rasa rimas atau bosan.
Ternyata, galeri ini telah diberi sentuhan yang menarik dari segi susun atur agar ia nampak kemas dan tersusun cantik. Budiey tertarik dengan dekorasi yang dipamerkan dalam bilik tidur di mana ia berbeza dengan bilik tidur bagi orang yang sudah berkawin. Segala sudut kehidupan penghuni rumah panjang dari segi susun bina, rekaan dalaman, peralatan muzik sehinggalah ke corak ekonomi masyarakat ini dapat ditelaah di sini. Informasinya ringkas tapi sangat berkesan. Budiey tertarik dengan penayangan video di galeri ini. Memang nostalgia habis. Susah nak cari pita rakaman atau video seperti itu lagi. Kalau ada pun memang lusuh dan usang. Itulah pentingnya segala khazanah ini disimpan untuk dijadikan bahan tatapan untuk generasi yang akan datang. Tidaklah ditelan zaman dan dibiarkan lenyap macam tu aje.
VIDEO:Â Temubual Bersama Wakil Dari Sarawak EnergyÂ
Untuk pembangunan komuniti setempat, pastinya pihak Muzium Sarawak begitu menghargai usaha murni yang dibuat oleh Sarawak Energy. Ini adalah usaha yang patut dicontohi oleh mana-mana badan korporat dan agensi kerajaan. Bukan apa, kita hanya mahu menjamin segala khazanah dan bahan sejarah ini dikekalkan untuk generasi masa depan. Usaha macam nilah yang dapat menjana semula perkembangan minda masyarakat agar tidak lupa dengan sejarah asal usul negeri sendiri.
VIDEO:Â Temubual Eksklusif Bersama Kurator Muzium SarawakÂ
Turut hadir sama ialah Puan Aisah Eden, Ketua di bahagian Perkhidmatan Korporat Sarawak Energy. Menurut beliau, di Sarawak ada 30 kumpulan etnik dan setiap dari mereka telah menyumbang kepada pembangunan dan juga budaya yang kaya serta khazanah yang unik dan tidak ada di mana-mana negara. Dari segi bahasa, gaya hidup dan juga budaya, sudah pasti galeri rumah panjang ini adalah refleksi kepada keindahan bumi Sarawak.
“Sarawak Energy begitu berbangga kerana dapat memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang betapa pentingnya sejarah dan memelihara khazanah dari luput. Galeri seperti ini sudah tentu akan dilawati dan dikunjungi oleh masyarakat tempatan dan luar sebagai satu bahan tatapan sejarah. Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab Sarawak Energy terutama untuk bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat atau (CSR) yang mahukan masyarakat yang lebih berilmu, lebih berdedikasi dan lebih tahu mengurus tentang dunia serta kehidupan masing-masing.”
Budiey rasa, inisiatif atau usaha CSR yang diterapkan oleh Sarawak Energy tidak berhenti di sini kerana banyak lagi aktiviti yang dirancang untuk membangunkan masyarakat luar bandar. Ini satu usaha yang baik, bukan untuk mengabaikan masyarakat di bandar tapi kita tahu yang penduduk di pedalaman jauh lebih mundur. Ini memerlukan satu usaha dari semua pihak bukan sahaja kerajaan malah sektor swasta untuk memajukan serta mengambil berat tentang hal ehwal orang asli atau etnik di rumah panjang.
Paling menarik di sini, Budiey rasa model rumah panjang iban yang direka memang nampak realistik. Sebijik dan nampak lebih gah!
Yang penting, galeri ini pernah dilawati oleh orang kenamaan, antaranya Royal Highness Queen Elizabeth. Memang satu penghormatan tu.
Dengan adanya galeri yang lebih menepati citarasa semasa, sudah tentu akan membuatkan pengunjung akan terasa mahu datang sekali lagi. Bukan apa, pastinya pengunjung mahu mengajak sanak saudara yang belum datang untuk turut melihat sendiri bagaimana sejarah dan keadaan rumah panjang. Memang jauh bezanya, rumah panjang dulu dan sekarang.
Kepada pembaca yang menetap di Sarawak, jangan lupa untuk datang melihat dengan mata anda sendiri tentang dunia masyarakat di rumah panjang. Buat anda dari Semenanjung pun, memang Muzium Sarawak adalah destinasi pelancongan yang wajib untuk dikunjungi. Tiada bayaran masuk dikenakan kerana ia percuma dan terbuka kepada semua orang.
Entri ini ditaja sepenuhnya oleh Sarawak Energy