Sehinggakan ada yang beranggapan bahawa pelakon dan pelawak popular itu sudah tidak terlibat lagi dalam industri hiburan, apatah lagi dia dilihat sudah lebih menjurus kearah keagamaan.
Bagaimanapun, Wahid yang ditemui semasa rakaman program Santai Je… baru-baru ini menafikan dia sudah berhenti, sebaliknya memberitahu peluang itu jarang diperolehinya.
“Dulu saya dan anggota Senario berada di bawah pengursan TV3 sehinggalah tahun 2015. Kemudian masing-masing bawa haluan dan saya pula pulang ke kampung. Ramai yang ingat saya dah tak terlibat dengan industri hiburan.
“Jadi, ada yang tertanya-tanya sama ada saya nak berlakon lagi atau tidak. Sedangkan saya tak pernah cakap nak stop dalam bidang hiburan… cuma peluang itu tidak ada,†jelasnya.
Menurut Wahid, mungkin juga ramai yang menyangka dia sudah lebih menjurus kepada keagamaan, sehingga beranggapan dia sudah meninggalkan semuanya dan perkara itu tidak berlaku kerana dia masih lagi mahu aktif seperti sebelumnya.
“Cuma, mungkin silap saya juga sebab tak ada akaun media sosial seperti Instagram, sedangkan ia sesuatu yang sangat penting kerana menerusinya orang akan dapat mengetahui perkembangan saya.
“Hanya pada pertengahan tahun lalu barulah saya ada akaun Instagram sendiri. Itupun setelah seorang sahabat saya ajak sertai sebuah radio online iaitu Hingker FM. Dia yang beri saya telefon bimbit dan membuat akaun Instagram saya,†jelasnya.
Ujarnya, dia bukanlah seorang yang anti dengan penggunaan media sosial. Sebaliknya, dia tidak mahu menambahkan kerja dengan perlu mengemaskinikan setiap aktiviti lalu dan lebih selesa dengan kehidupan yang dilaluinya ketika itu.
“Sahabat saya itu yang banyak beri dorongan kepada saya dan menyatakan ia sesuatu yang sangat penting. Kemudian barulah sekarang saya aktif dengan media sosial,†jelasnya.
Mengenai perkembangan karier lakonannya, Wahid memberitahu dia telah selesai menjalani dua buah telefilem yang sedang menunggu tayangan di saluran RTM.
*Sumber: KopiPlanet.com