Drama bersiri istimewa sempena bulan Ramadhan, berjudul Ta’in bakal menemui penonton TV3 bermula pada 31 Ogos 2008, setiap hari Ahad, jam 9.00 malam. Drama sebanyak 13 episod ini diterbitkan oleh JS Pictures dan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Wahid, Azli, Lan Pet-Pet, Fauziah Nawi, Sheila Rusly, Ropi Cecupak, Shamsul Ghau-Ghau dan Sharifah Shahora.
Ta’in mengisahkan kehidupannya sebagai seorang yang naif dan suka membantu rakan-rakan dan orang kampung. Dia tinggal bersama ibunya, Azizah dan sering menghabiskan masa bersama kawan baiknya, Bulan.
Pelbagai insiden berlaku ketika Ta’in bersama Bulan mengikut Lan Parking bekerja di Kuala Lumpur dan saksikan bagaimana dia meneruskan perhubungannya bersama Ustazah Julia yang menantinya di kampung.