Namun ianya telah dilanjutkan bermula esok (15 April) sehingga 28 April depan menerusi pelaksanaan fasa ketiga PKP. Jika fasa ketiga ini yang juga disifatkan sebagai tempoh penting dan dipatuhi sepenuhnya oleh rakyat — adalah tidak mustahil kita bakal berupaya menamatkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sambil menjelaskan keyakinan tersebut adalah bersandarkan kepada perkembangan statistik semasa penularan wabak terbabit.
Sehubungan itu, katanya, kesinambungan kawalan yang menyaksikan kejayaan hingga kes COVID-19 berupaya dikurangkan menerusi PKP fasa pertama dan kedua harus diteruskan pada fasa ketiga.
“JP Morgan sebelum ini jangkakan kita bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes esok, tetapi setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes.
“Esok saya jangkakan jumlah keseluruhan positif COVID-19 adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua.
“Setakat minggu ke-13, Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi,”
– Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam usaha untuk meratakan lagi lengkung kes, bukan hanya oleh Kementerian Kesihatan.
“Jika kita boleh lakukannya, ada kemungkinan kita akan terus mengurangkan kes, bukan hanya meratakan lengkung tapi mungkin menamatkan COVID-19 di negara ini,”
– Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Hingga semalam (13 April), hampir separuh daripada 4,817 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di negara ini sudah pulih sepenuhnya.
Sebanyak 2,276 kes atau 47.23 peratus dibenarkan discaj daripada hospital, dengan terbaru 168 kes.
Sumber: Berita Harian