Pada 9 Januari lalu, Budiey telah merakam satu vlog pertama untuk tahun 2016 ini iaitu di VIVA Home Expo Hall di mana kat sana sekarang ini ada pameran Hello Kitty Go Around!! In Malaysia yang pertama sekali dianjurkan.
Hello Kitty Go Around!! In Malaysia adalah pameran yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat Hello Kitty kerana melibatkan kartun yang paling digemari didunia, Hello Kitty, di dalam karnival yang penuh dengan hiburan dan gelak ketawa.
Para peminat disajikan dengan kehadiran Hello Kitty dan rakan-rakan dan juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam permainan interaktif serta pelbagai aktiviti. Karnival ini berlangsung di ‘Viva Home Expo Hall’, dari 19 Disember 2015 hingga 19 Januari 2016.
Menurut Joey Yong, Pengarah Urusan Hey Day Sdn. Bhd. pemegang lesen dan penganjur rasmi bagi karnival ini:
“Kami begitu teruja untuk memperkenalkan majlis ini di Malaysia untuk pertama kalinya. ‘Hello Kitty’ sentiasa berjaya menarik perhatian semua peminatnya dan kita sendiri dapat menghubungkan diri kita dengannya dan Hello Kitty sentiasa sesuai dengan semua lapisan masyarakat, umur, jantina dan bangsa. Saya percaya ini adalah peluang untuk Hello Kitty mengenali para peminatnya di Malaysia dengan lebih dekat.”
Hiburan Yang Hebat di Tengah Bandar
[dropcap]D[/dropcap]engan luas sebesar 54,000 kaki persegi, karnival di dalam dewan ini dipenuhi dengan pelbagai hiburan dan tarikan yang menarik, dalam suasana carnival zaman dahulu. Antara tarikan yang menarik termasuklah tempat bergambar, kios permainan, bengkel dan pameran.
Para peminat boleh memperingati lawatan mereka ke ‘Hello Kitty Go Around!! In Malaysia’ di dalam kawasan zon yang berlainan sepanjang karnival ini berlangsung. Secara ringkasnya, parti Hello Kitty ini memberi peluang yang amat berharga kepada peminat untuk mengabadikan kenangan manis di semua tempat tarikan bergambar.
Hello Kitty Fashion Catcher pula memberi peluang kepada peminat untuk menyusuri tempat persalinan baju Hello Kitty dan merasai perubahan fesyen Hello Kitty sepanjang tahun. ‘Hello Kitty Ferris Wheel’ pula akan menjadi salah satu tarikan yang utama untuk dicari.
Dalam pada itu, ‘Hello Kitty Memory Garden’ pula memperlihatkan koleksi barangan lama Hello Kitty. Banyak lagi tarikan yang menarik untuk diteroka, hanya menunggu meraka yang berminat untuk hadir bersama memeriahkan lagi karnval ini.
Gerai Mainan Popular & Bengkel
[dropcap]M[/dropcap]emperkenalkan pelbagai permainan di dalam carnival ini, para peminat Hello Kitty berpeluang untuk memenangi hadiah yang eksklusif bertemakan Hello Kitty. Anda boleh mencuba untuk menyelamatkan ikan emas dari ‘Ogawasameo’ yang akan menelan semua dalam satu terkaman di gerai ‘Save The Goldfish’.
Peminat juga boleh bersorak untuk ‘Sanrio Babies’ yang akan berlumba sesama mereka dan meneka bayi mana yang akan memenangi perlumbaan di ‘Sanrio Baby Race’.
Hadiah istimewa juga menanti anda di ‘Lucky Rainbow’ di mana anda boleh melontar pada warna kegemaran tertentu dan pulang dengan hadiah. Anda boleh membawa pulang bersama rakan baik yang baru dengan melontar cincin ke ‘Tiny Chum’ di ‘Tiny Chum’s Ring Toss’. Peminat juga berpeluang untuk singgah di ‘Mama’s Kitchen’ dan ‘Papa’s Reading Room, dan lain-lain.
Selain itu, anda juga boleh mengambil bahagian didalam bengkel-bengkel yang menarik yang dibuat khusus untuk peminat Hello Kitty. Bengkel 5D Hello Kitty memperkenalkan cara lukisan permata DIY yang paling mudah dan terbaru sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak dimana ia membantu dari segi mengurangkan tekanan, menyesuaikan emosi, dan memupuk kesabaran dan dalam pada masa yang sama dapat digunakan untuk perhiasan.
Anda juga tidak harus ketinggalan untuk singgah di ‘Design Shop’ by Dear Daniel. Singgah di ‘ Design Shop’ untuk membuat satu-satunya ‘Tote Bag’ dengan logo istimewa Hello Kitty atau stem huruf untuk diri sendiri.
Pengalaman Yang Menakjubkan Bersama Hello Kitty & Rakan-Rakan
[dropcap]M[/dropcap]elalui karnival ini, para peminat setia Hello Kitty akan merasai pengalaman yang menyeluruh untuk berhibur dengan belajar, terlibat dengan aktiviti dan bengkel yang ditawarkan yang pasti akan memahat seribu kenangan di dalam hati mereka.
Selain itu, yang paling penting, mahukah anda melihat Hello Kitty pada hari istimewa? Simpan didalam kalender pada malam Krismas, Hari Krismas, Tahun Baru. My Melody juga akan membuat kemunculan istimewa pada 16 Januari 2016 untuk menyambut hari lahir beliau.
“Ini adalah satu pengalaman yang mereka tidak patut lepaskan oleh peminat Hello Kitty,†tambah Joey.
Karnival ini dibuka dari jam 11 pagi hingga 10 malam setiap hari dari 19 Disember hingga 19 Januari 2016 yang berlangsung di Viva Home Expo Hall.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ‘Hello Kitty Go Around!! In Malaysia,’ anda boleh layari www.hellokittygoaround.com.my dan like www.facebook.com/HELLOKITTYGOAROUNDMALAYSIA on Facebook.