Kali ni Budiey rasa mengidam sangat nak makan dari francis… haaa rasanya Budiey tak pernah buat vlog makan makanan francis ni… jadi pada malam tadi, Budiey berpeluang untuk singgah dan menikmati juadah menu dari France yang ada di sebuah restoran yang terletak di Sunway Giza, Kota Damansara. Korang tahu kan kat mana lokasinya?
Vlog GILA MAKAN di KARA Restaurant & Desserts, Sunway Giza Mall
Restoran yang Budiey maksudkan ialah KARA RESTORAN & DESSERTS.
Apa yang ada kat KARA RESTORAN & DESSERTS ni ye?
Budiey difahamkan kat KARA RESTOURANT ni ada set ala carte, set untuk dua orang, 4 orang… atau sebagainya mengikut kesesuaian kprang ya… setiap set mengandungi hidangan yang best dan lazat seperti brisket yang merangkumi spring chicken, meatballs, mash potatota, onion ring dan juga kepelbagaian salad.
Okay, Budiey nak highlight satu hidangan yang menjadi signature kat KARA RESTORAN ni iaitu CREME BRULEE… tapi kat restoran ni Chef telah menukar nama kepada Crack Brulee. Nak tahu sebab apa, korang kena tonton vlog GILA MAKAN kat sini okay?
Bagi Budiey, Crack Brulee ni adalah sejenis desset yang sangat sedap walaupun agak manis juga. Budiey sempat menemubual boss restoran ini tentang manisan ni.
Masa first time masuk dalam restaurant tadi, Budiey tertanya-tanya, apa maksud KARA tu? Bunyi macam korea tapi sebenarnya bukan korea tapi berasal dari bahasa latin lama.
Kara dalam bahasa latin lama bermaksud ‘kesayangan @ tersayang’ Kara bukan sekadar restoran eropah yang biasa tetapi ianya adalah gabungan antara artis, chef dan pereka. Kalau datang sini, Restoran Kara pastinya akan menitikberatkan layanan baik kepada anda.
Dengan konsep santai dan chill chill ni Budiey percaya kenangan yang manis dapat dikongsikan melalui makanan, suasana restoran dan juga muzik yang menenangkan.
Kara Restoran ini dibuka kepada orang ramai bermula jam 11.30 pagi hingga 3 petang dan untuk makan malam pula dari jam 6 petang hingga 10.30 malam.
Untuk info, Kara telah beroperasi sejak 16 November 2018 dengan menyediakan pelbagai perkidmatan diantaranya masakan dapur khusus dengan menu yang direka khas dengan penyediaan meja mengikut kehendak dan bajet pelanggan.
Nampaknya sekian sahaja dulu VLOG GILA MAKAN untuk kali ini. terima kasih budiey ucapkan kepada KARA RESTORAN sebab sudi jemput Budiey… dan kepada semua yang menonton vlog ini sampai habis. Thank you so much…
Jangan lupa gais untuk like, share dan komen kat bawah ini orait. Kepada anda yang belum subscribe tu, nah…. silalah subscribe sekarang untuk vlog akan datang.
Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang. Bye bye assalamualaikum.