in

Vlog Food Review di Karavan Steak Hub Plaza TTDI

Rasanya dah lama Team BudieyBuddies tidak merakam food review makanan steak kan? Untuk Vlog GILA MAKAN kali ini, kami perkenalkan Karavan Steak Hub kepada anda, sebuah restoran milik bumiputra yang baru sebulan dibuka. Terletak di Plaza TTDi, Karavan Steak Hub menyajikan sajian steak mengikut bajet anda. Pastinya dengan konsep “suit-your-budget” memberi kemudahan pada pelanggan untuk menikmati hidangan steak mengikut bajet tanpa rasa terbeban.

Menyajikan pilihan daging segar yang terdiri dari jenis wagyu, black angus dan grass fed, Karavan Steak Hub turut menyediakan hidangan berasaskan daging kambing.

Pastinya pelanggan boleh menikmati hidangan steak di Karavan Steak Hub tanpa was-was kerana daging daging yang diimport dari Australia ini telah mendapat sertifikasi Halal dari Majlis Agama Islam Australia.

Pastikan sekiranya bertandang di sini, pesan a-must-try signature dish Karavan Steak Hub iaitu Karavan Hot & Spicy Pizza. Resipi pizza Italia yang menggabungkan dengan citarasa tempatan seperti lengkuas, cilipadi, serai serta limau nipis. Unik kan. Yang penting kami dah pun rasa pizza ni, memang sedap dan kami janji akan datang lagi untuk merasainya.

Pelbagai promosi diadakan untuk menarik pengunjung seperti pemberian voucher potongan harga 20% untuk setiap pembelian RM100 ke atas.

Kami tidak mahu bercakap banyak, apa kata, jom tengok kami Budieybuddies menikmati resipi istimewa Karavan Steak Hub. Dah tengok tu, jangan lupa pulak untuk LIKE, COMMMENT & SHARE. Manalah tahu anda punya cadangan untuk dikongsikan bersama kami.

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

GILA MAKAN di Karavan Steak Hub

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inilah Kehebatan Hotel Qliq Damansara

Premiere THE LEFTOVERS Musim Ke-2 di HBO