Dalam hidup memang tak pernah pergi main hantu. Takut, terus terang cakap la ya. Memang Budiey seriau dengan hantu dan bangsa seangkatan dengannya. Hanya orang tertentu je yang takut. Pernah dengar ada member tengok filem seram tapi diorang bukan menjerit tapi ketawa. Mungkin dengan ketawa dapat melepaskan ketakutan kot kan?
Baru-baru ini, Budiey dan geng BudieyBuddies telah dipelawa untuk mencabar rasa takut di Night of Fright 2, sebuah festival malam penuh ketakutan yang dianjurkan oleh Sunway Lagoon. Satu pengalaman yang agak luar biasa bila mana festival ini menampilkan begitu ramai sekali hantu-hantu. Boleh dikatakan festival ini adalah gathering besar-besaran hantu-hantu seluruh dunia.
Jom tonton video vlog BudieyBuddies di atas ini. Pengalaman masing-masing sangat berbeza. Jika Cyrill Hassan tidak merasai ketakutan, mungkin pada Yus Yunus pula lain paras ketakutannya kekadang mencapai 80% ?
Terima kasih kepada Sunway Lagoon kerana sudi menjemput kami.
Jangan lupa LIKE, Share dan comment video ini ya. Jom SUBSCRIBE!
Terima kasih kerana sudi menonton.