in , ,

Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April. Susulan itu, Perdana Menteri juga meminta majikan membayar gaji penuh kepada pekerja sepanjang tempoh kuarantin dan telah hadir dengan satu inisiatif iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi untuk membantu rakyat Malaysia di setiap peringkat.

Namun, sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial mengenai kenyataan seorang usahawan kosmetik yang mengeluh bahawa pekerja diberikan keutamaan, katanya golongan miskin sahaja akan “kaya” selepas menerima bantuan, sebelum mereka kembali miskin selepas PKP. Apa yang lebih menjadi perhatian ramai ialah komen Vivy Yusof yang bersetuju dengan kenyataan pengusaha produk itu.

Dalam perbualan di ruangan komen itu, mereka berkongsi dan bertukar pendapat mengenai sumbangan yang diberikan kerajaan kepada masyarakat selepas ramai yang terjejas dari segi pendapatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

vivy-yusof-model

Difahamkan, mereka dikatakan mempertikaikan sumbangan golongan berkenaan terhadap kerajaan selama ini.

Seperti sudah dijangka, kenyataan kedua-dua usahawan itu sekaligus mengundang pelbagai komen negatif, malah ada yang mengecam sehingga mahu memboikot produk mereka kerana tindakan mereka berdua yang seakan memperkecilkan golongan B40.

Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Kelmarin, Vivy memuat naik permohonan maaf di Instagram dan menjelaskan maksud sebenar perbualannya dengan rakannya itu.

“Saya ingin menjelaskan perkara sebenar di sebalik apa yang tular di Twitter. Ia bukan bermakna saya bersetuju dengan kenyataan pertama ahli perniagaan itu.

“Saya sangat mengambil berat mengenai komuniti B40 dan ingin memastikan mereka tidak kehilangan kerja. Kalau anda mengenali saya, saya harap anda faham dari mana asal usul saya.

“Saya tahu, ini takkan mengubah apa-apa tapi saya rasa, saya perlu bersuara untuk menjernihkan keadaan. Sekali lagi, saya minta maaf,”

– Vivy Yusof

Meskipun sudah meminta maaf, namun isu itu tidak terhenti setakat itu sahaja apabila Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mewujudkan satu petisyen menuntut agar usahawan selebriti itu untuk meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Sebagai info, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti tersohor berkenaan pada Mei tahun lalu.

Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Menerusi petisyen tersebut, Vivy dikatakan tidak menjaga nama baik dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah UiTM.

SATU petisyen yang menggesa ahli perniagaan popular, Vivy Yusof meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatat lebih 103,000 tandatangan selepas beberapa hari ia dimuat naik.

Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Petisyen itu dibuat kerana ketidakpuasan hati masyarakat terhadap Vivy yang didakwa mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan golongan B40 dan M40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Di media sosial, rata-rata ramai yang mengecam tindakannya termasuk mahu memboikot produk keluarannya di samping mempertikai tindakannya seperti merendah-rendahkan rakyat yang sebelum ini menyokong perniagaannya.

Ramai penuntut UiTM yang marah dengan Vivy kerana bagi statement macam tu apatah lagi kebanyakan ibu bapa pelajar di sana adalah golongan B40 dan M40. Seramai 40,000 ribu orang telah tandantangani petition tersebut dan difahamkan mereka kini ‘aim’ untuk dapat sampai 85,000 orang tandatangan.

Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Ramai di antara mereka yang terus mencadangkan agar Dato’ Rizalman yang menyandang jawatan sebegitu apatah lagi beliau sememangnya produk dari UiTM dalam bidang fesyen.

Dato’ Rizalman baru-baru ini juga tampil melalui IG live untuk ‘sound’ Vivy Yusof selepas isu ini viral. Katanya, tak perlulah nak ‘rampas’ bantuan kerajaan berikan kepada rakyat yang memerlukan.

Terdahulu, nama Vivy trending di laman Twitter selepas rata-rata netizen bertindak mengecam kenyataannya menerusi ruangan komen balas keluhan rakannya Aleeya Zailan yang menyatakan bahawa golongan miskin sahaja akan ‘kaya’ selepas menerima bantuan, namun akan tiada pekerjaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gara-gara komen yang ditinggalkan oleh Vivy, ramai yang telah memberi tanggapan salah terhadapnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tontonan Astro TV Berganda Ketika Perintah Kawalan Pegerakan

Dituduh Pukul Loca B, Laporan Polis Sudah Dibuat, Ini Kenyataan Rasmi Tuju K-Clique