Dilaporkan kedua-dua mereka telah menulis komen di Instagram mengenai bantuan yang ditawarkan oleh pakej PRIHATIN tampak seperti tidak betul-betul membantu para usahawan dikala krisis PKP. Namun, bukan itu yang menjadikan para netizen bengang dan marah. Komen Aleeya Zailan seperti dalam screen shot di bawah ini telah menjadi perbualan hangat netizen.
Gara-gara keluhan Aleeya Zailan di Instagram, usahawan Datin Vivy Yusof pula yang kena kecam teruk. Nama Vivy terus menjadi trending nombor 1 di twitter selepas membalas komen dari Aleeya Zailan.
Difahamkan Aleeya Zailan mengeluh bahawa golongan miskin akan jadi kaya ketika penularan wabak COVID-19 dan tiada pekerjaan selepas habisnya wabak. Perniagaan seperti beliau dan Vivy Yusof sedang berusaha untuk kekal bertahan ketika PKP ini. Hal ini telah didedahkan oleh serang pengguna twitter @nyonyacyber.
Okay, sebelum kita cerita lebih lanjut, ada yang tertanya-tanya, siapa dia Aleeya Zailan ni? Tiba-tiba nama dia naik dan disebut-sebut hari ini? Dia ni dulu pernah hidup susah, pernah hidup miskin dan menumpang.
Nama Aleeya Zailan ni mungkin tidak segah usahawan tempatan lain. Tapi, jangan terkejut kalau lagi setahun dua lagi, nama Aleeya ni akan popular sebab dia dikatakan begitu bijak mempromosikan produknya. Aleeya Zailan, berusia 35 tahun, seorang isteri dan ibu kepada dua anak.
Keluhan ahli perniagaan ini mendapat reaksi dari Vivy dan meninggalkan komen bersetuju dengan apa yang Aleeya nyatakan.
Vivy percaya kesenangan yang diberikan kerajaan hanya sementara sebelum semua orang kembali merana selepas PKP, baik pemilik syarikat mahupun pekerja.
Menurutnya, terdapat kenalan mereka yang terpaksa menutup perniagaan sepanjang tempoh PKP kerana tidak mampu menampung kos operasi akibat tiada transaksi jualan berlaku.
Vivy Yusof pula mengambil pendekatan yang lebih rasional apabila risau sekiranya tempoh PKP diteruskan, perniagaannya mengalami kerugian serta gagal mengekalkan pekerjanya.
Hantaran kedua mereka ini mendapat pelbagai reaksi negatif daripada netizen.
Tanpa diduga perbualan kedua-dua ahli perniagaan ini mendapat perhatian netizen sehingga pelbagai komen negatif dilemparkan kepada mereka berdua. Ramai yang mengecam Vivy sehingga mahu boikot produk kerana mempunyai mentaliti seperti itu.
Vivy telah mengeluarkan kenyataan maaf dan memberi penerangan di Instagramnya berkenaan apa yang berlaku.
Terdapat juga netizen yang setuju dengan pendapat Vivy Yusof, namun begitu marah dengan kenyataan Aleeya Zailan.
Sememangnya agak memeritkan kepada pemilik perniagaan seluruh negara ketika PKP dilaksanakan. Mereka terpaksa menutup perniagaan bagi membantu memutuskan rantaian wabak COVID-19. Namun, sumber rezeki mereka juga turut terputus. Tiada transaksi jualan berlaku maka terdapat kemungkinan bahawa akan ada yang menutup kedai serta tidak mampu membayar gaji pekerja.
Semoga isu ini tidak dipanjangkan kerana banyak hal lagi isu semasa perlu difikirkan oleh rakyat Malaysia pada masa ini.