Bersedia untuk pengalaman telefon pintar yang lebih tahan lama, lebih bergaya dan paling penting, lebih berkuasa? vivo Malaysia bakal melancarkan vivo V50 Lite, sebuah model baharu yang menjanjikan kepuasan kepada pengguna yang inginkan kuasa bateri bertahan lama, pengecasan super pantas dan rekaan bergaya yang memukau.
6500mAh BlueVolt: Bateri Gergasi Dalam Badan Nipis
Telefon pintar ini tampil dengan bateri gergasi 6500mAh yang dipanggil vivo BlueVolt, cukup untuk memastikan anda kekal aktif sepanjang hari — dan hari-hari berikutnya — hanya dengan sekali caj. Tambahan pula, ia menyokong 90W FlashCharge, membolehkan peranti dicas sehingga 20% dalam hanya 7.5 minit, dan penuh dalam tempoh kurang daripada sejam.
Menariknya, vivo V50 Lite juga menyokong pengecasan terbalik, jadi anda boleh berkongsi kuasa dengan peranti lain seperti fon telinga atau telefon rakan anda. Dalam dunia serba pantas hari ini, inilah teknologi yang kita semua perlukan.
Inovasi Terkini Untuk Prestasi Bateri Yang Luar Biasa
vivo tidak sekadar meletakkan bateri besar semata-mata, sebaliknya memperkenalkan pelbagai inovasi terkini yang menjadikan prestasi baterinya lebih pintar, lebih efisien dan lebih tahan lasak.
Struktur grafit dwi-lapisan pada baterinya membantu meningkatkan kecekapan haba dan tenaga, berfungsi seakan gabungan turbocharger dan tangki minyak. Dengan teknologi cold-pressing yang menekan elektrod tiga kali ganda, kapasiti penyimpanan dapat ditingkatkan tanpa perlu menambah saiz fizikal.
Tidak cukup dengan itu, bateri vivo V50 Lite juga menggunakan teknologi ukiran laser mikro 3D untuk mempercepatkan aliran ion dan memberikan pengecasan yang lebih stabil dan pantas. Mod Super Battery Saver memastikan fungsi asas telefon tetap berjalan walaupun bateri hanya tinggal 1%, manakala AI Sleep Mode melindungi kesihatan bateri dalam jangka masa panjang dengan menyesuaikan penggunaan mengikut tabiat pengguna.
Peranti ini juga diuji dalam suhu ekstrem dari -20°C hingga 50°C, membuktikan bahawa vivo benar-benar serius mahu menjadikan kuasa bukan lagi isu kepada pengguna.
Rekaan Slim Yang Memikat Mata
Bukan sekadar bertenaga, vivo V50 Lite juga tampil bergaya dengan rekaan super slim setebal hanya 7.79mm, disertakan skrin rata 2.5D dan bingkai berkilau tinggi yang memberi sentuhan mewah. Paparan 6.77 inci P-OLEDyang mesra mata dengan nisbah skrin-ke-badan 94.2% memberikan pengalaman visual yang benar-benar imersif.
Tiga warna menarik turut ditawarkan:
- Titanium Gold – Gabungan elegan teknologi dan kehangatan emas.
- Phantom Black – Tampak misteri dengan semburat ungu kosmik.
- Fantasy Purple – Gradasi merah jambu keunguan seperti langit senja yang menawan.
Cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY: Rai Kekuasaan Bateri Anda
Untuk menyemarakkan pelancaran ini, vivo Malaysia melancarkan #BlueVoltBatteryMissionMY Challenge di TikTok bermula 1 hingga 18 Mei 2025. Anda hanya perlu berkongsi video yang mempamerkan keunikan dan ketahanan bateri vivo V50 Lite — dan berpeluang untuk memenangi merchandise eksklusif dan sebuah unit vivo V50 Lite!
Satu caj. Banyak kemungkinan. Berapa jauh anda boleh pergi dengan sekali cas?
Kenali vivo: Inovasi, Reka Bentuk Dan Komitmen Global
Sebagai jenama yang menitikberatkan nilai berasaskan reka bentuk dan perkhidmatan pintar, vivo bukan sekadar menghasilkan peranti, tetapi membina jambatan antara manusia dan dunia digital. Dengan pusat penyelidikan dan pembangunan di tujuh bandar utama China, termasuk Beijing dan Shanghai, vivo terus memacu teknologi seperti 5G, AI, reka bentuk industri dan sistem pengimejan.
Dengan kapasiti pengeluaran hampir 200 juta telefon pintar setahun dan kehadiran di lebih 60 buah negara, vivo kini telah meraih kepercayaan lebih daripada 400 juta pengguna di seluruh dunia.
Apa Kata Budiey?
vivo V50 Lite ini ibarat gabungan sempurna antara tenaga tanpa henti dan penampilan elegan. Dengan teknologi pengecasan pantas, ketahanan bateri tahap dewa dan rekaan premium, ia memenuhi keperluan pengguna moden yang tak mahu terikat dengan kabel sepanjang hari. Bagi Budiey, ini bukan sekadar telefon pintar. Ini adalah gaya hidup baharu untuk generasi yang mahukan kuasa, ketahanan dan kelas dalam satu genggaman.
Nak tahu sejauh mana satu cas boleh bawa korang pergi? Tunggu pelancaran rasmi dan rasai sendiri kehebatan vivo V50 Lite.