Viu, syarikat terkemuka serantau yang menawarkan perkhidmatan video over-the-top (OTT) dari PCCW Media Group dengan lebih 41 juta pengguna yang aktif setiap bulan, mengumumkan pelancaran siri Viu original terbaru Pretty Little Liars pada hari ini, dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal dari Indonesia dan juga Malaysia. Siri original ini diadaptasi dari drama misteri remaja dari versi Bahasa Inggeris dengan tajuk yang sama, siri ini berikutan kejayaan Viu dengan adaptasi bertaraf dunia seperti Endemol Shine Group’s The Bridge dan CJ E&M’s Black, serta berdasarkan perkembangan IP Viu original.
Siri Pretty Little Liars dilancarkan pada hari ini dan boleh menyaksikan kesemua episod tanpa henti oleh pengguna di 16 pasaran di mana Viu boleh didapati.
Adaptasi Viu ini bermula di bandar fiksyen Amerta, Bali, yang mengisahkan kehidupan empat orang pelajar perempuan yang akrab namun kehidupan mereka mula terganggu apabila ketua mereka, Alissa (Yuki Kato), hilang secara misteri. Setahun kemudian, Hanna (Anya Geraldine), Ema (Eyka Farhana), Sabrina (Valerie Thomas) dan Aira (Shindy Huang) bersatu kembali apabila mereka mula menerima satu mesej daripada individu misteri yang dikenali sebagai “A”, yang mengugut untuk mendedahkan rahsia gelap mereka.
Siri ini merupakan hasil arahan pengarah Emil Heradi, yang terkenal dengan filem Night Bus, dan telah memenangi enam Anugerah Festival Filem Indonesia pada tahun 2017.
Selain dari barisan pelakon utama, siri ini juga menampilkan beberapa barisan pelakon ternama Indonesia seperti Wulan Guritno, Tarra Budiman dan Irgi Fahrezi, yang bergandingan dengan pelakon-pelakon muda seperti Jennifer Coppen dan Marcell Darwin.
Sahana Kamath, Ketua Produksi Viu Original Indonesia dan Malaysia, berkata,
“Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk membawa kandungan yang menarik dan unik kepada semua penonton Viu, kami dengan bangga memperkenalkan siri adaptasi Pretty Little Liars versi Asia.
Dengan adaptasi ini, kami ingin memberi penghargaan kepada syarikat ikonik Warner Bros. Series, disamping memastikan tema teras adaptasi ini supaya dekat di hati semua penonton kami.
Lebih penting lagi, siri yang mencengkam dan menarik ini akan diadakan platform untuk perbincangan secara kritikal berkenaan isu-isu berkaitan persahabatan, daya dan kesan-kesan buli siber.”
– Sahana Kamath
Pengarah, Emil Heradi, berkata,
“Siri ini telah menjalani pengambaran sepenuhnya di Bali, dengan barisan pelakon yang cemerlang dan krew-krew filem terkemuka yang telah memberi tumpuan sepenuhnya untuk mempamerkan nilai premium sinematik Asia kepada dunia.
Watak-watak dan penceritaan yang ditonjolkan sesuai dengan budaya penduduk tempatan, serta plot dari siri asal yang sememangnya menarik bahkan diubah dengan gaya Viu yang tersendiri.
Saya menghargai kepakaran Viu dalam mengolah format antarabangsa seperti ini dan menjadikannya relevan bagi masyarakat tempatan.
– Emil Heradi
Siri yang mendebarkan ini boleh ditonton melalui aplikasi Viu dan boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play Storedan TV Pintar yang terpilih, serta di laman web Viu di www.viu.com