in , ,

Viu Lancar Drama Thriller, Ubah Memori Manusia Dalam ALTER-NARATIF

Viu Original terbaru dari Malaysia, hasil idea pemenang Viu Pitching Forum 2021

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau, melancarkan Viu Original keduanya bagi tahun 2023, hari ini. Alter-Naratif merupakan thriller psikologi hasil idea Aina Izzah, seorang graduan undang-undang dan wartawan yang juga merupakan pemenang Viu Pitching Forum 2021. 

Alter-Naratif

Siri ini kemudiannya dikembangkan lagi oleh ketua penulis, Rafidah Abdullah (She Was Pretty, Istanbul Aku Datang!, Gol & Gincu) dan diarahkan oleh Faisal Ishak yang pernah memenangi pelbagai anugerah (Isteri Misteri, Juvana, Nur Kasih). Siri yang mengandungi lapan episod ini akan ditayangkan buat pertama kali di platform penstriman ini pada 25 Mei 2023, dengan episod baharu disiarkan pada setiap hari Khamis.

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Ubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia, berkata, “Alter-Naratif bermula dengan satu persoalan menarik – jika memori boleh dimanipulasi, bagaimana anda yakin tentang siapa diri anda yang sebenar? Berdasarkan idea pemenang Viu Pitching Forum 2021, kami seronok menghasilkan karya ini dan kami percaya penonton Viu juga bakal menyukai karya ini. 

Viu Pitching Forum adalah program yang dianjurkan oleh Viu di setiap pasarannya untuk menyediakan platform kepada penulis skrip baru di seluruh rantau ini untuk membangunkan karya mereka menjadi sebuah drama Viu Original, di bawah bimbingan pakar dalam industri. Kami percaya pentingnya pelaburan sebegini dalam ekosistem kreatif di Malaysia dan kami berbangga dapat menerbitkan karya pemenang sebagai salah satu drama Viu Original.”

Drama ini menampilkan gandingan hebat pelakon-pelakon wanita yang pernah memenangi pelbagai anugerah, termasuklah Nabila Huda, Liyana Jasmay dan Neera Azizi. Drama ini turut dibintangi ramai pelakon berbakat seperti Gambit Saifullah, Rahim Omar, Adlin Aman Ramlie, Namron, Anas Ridzuan dan Gisnervern Arikrishnan. Viu Original ini merupakan drama sains fiksyen yang bertujuan mendekati penonton di Malaysia dan di rantau ini dengan pengalaman mendebarkan. 

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Ubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Siri ini juga menampilkan runut bunyi asli, Ilusi Keliru oleh Amir Masdi, yang digubah oleh Rudy Nastia, Adi Pawana dan Shamin Nazri.

Alter-Naratif menceritakan kisah Mel Isa, seorang Ketua Pegawai Eksekutif di Electric Dust Agency (EDA), sebuah syarikat yang membangunkan teknologi yang boleh memadam dan menggantikan memori orang. Mel memperjuangkan teknologi tersebut sebagai masa depan untuk terapi psikologi, bagi membantu mangsa trauma membina semula kehidupan mereka. Namun, apabila dia mula pitam dan mengalami halusinasi, dia mula mengesyaki bahawa memorinya sendiri telah diolah. Siasatannya mendedahkan korupsi syarikatnya sendiri dan menghidupkan kembali jenayah yang berlaku 20 tahun lalu. Mel mula mempersoalkan dirinya dan siapa yang dia boleh percayai.

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Ubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Nabila Huda memainkan watak Mel Isa. Nabila sebelum ini membintangi filem adaptasi popular Viu Malaysia bagi K-drama Black, yang memberikan beliau gelaran Pemenang Kebangsaan untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021. Nabila juga memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysa ke-30 pada tahun 2019 untuk watak yang dimainkan beliau dalam filem Makrifat Cinta, dan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin ke-23 pada tahun yang sama untuk persembahan beliau dalam drama Dia Tak Berdosa.

Liyana Jasmay pula memegang watak Aira Kamal, sahabat baik Mel, yang juga orang kanan di EDA, namun persahabatan mereka bakal diuji. Liyana Jasmay pernah membintangi drama seperti Histeria The Series dan filem seperti Sindiket, Isyarat Cinta, dan Bella & Jamie. Selain kerjaya lakonan beliau, Liyana juga menerbit dan mengarah drama seperti Life Lila dan The Gadis. Anugerah yang pernah dimenangi Liyana termasuk anugerah Pelakon Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 2010 dan anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada 2009.

Melengkapkan lagi barisan pelakon wanita utama dalam drama ini ialah Neera Azizi sebagai Kina Jaafar, seorang pengekod berbakat yang baru sahaja menyertai pasukan di EDA, namun mungkin mempunyai agendanya sendiri. Neera memulakan kerjaya lakonan pada 2016 dan sehingga kini telah membintangi banyak drama seperti Miss Kapten Cikgu Waiz, Nasi Kerabu Untuk Che Abe, Nurlaila, dan yang terbaru, Bukan Syurga Pilihan. Pada tahun 2017, beliau dicalonkan sebagai Artis Wanita Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Ubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Gambit Saifullah memainkan watak sebagai Sam, seorang lelaki muda yang baru berkenalan dengan Aira. Aira mula tertarik dengan Sam meskipun dia mempunya imej lelaki yang nakal. Gambit Saifullah dikenali dengan watak aksi ketenteraan yang dilakonkan beliau dalam filem Paskal dan drama seperti Suamiku Lelaki Pendosa dan Bisik-Bisik Gelora.

Rahim Omar pula memegang watak Isa Iskandar, pengasas EDA yang mengundur diri bagi membolehkan Mel mengambil alih syarikat itu, tetapi terus memerhati dan mengkritik setiap tindakan Mel. Rahim Omar merupakan pelakon veteran yang pernah muncul dalam pelbagai siri antaranya Ash & Aish dan Black.

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Ubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Penonton Viu boleh menyaksikan drama thriller Alter-Naratif yang mengujakan ini di aplikasi Viu, yang juga boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com.  

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temui Ciri TV Pintar Mengejutkan Ini Yang Anda Tidak Pernah Tahu

Filem Malbatt: Misi Bakara Sedia Bertempur di Pawagam 24 Ogos Ini!