Namun, seperti sudah dijangka ada cerita tak sedap didengar mengenai acara itu apabila rata-rata netizen mengkritik visual grafik yang menjadi latar belakang pentas ABPBH ketika persembahan beberapa artis.
Antara yang diperkatakan adalah grafik ketika nyanyian Fauziah Latif bersama Wani Kayrie yang disamakan dengan siri animasi popular kanak-kanak Didi & Friends.
Bukan itu sahaja, persembahan Syamel, Jay Jay dan Anuar Zain turut terganggu apabila muncul grafik seperti bertemakan sebuah akuarium dimana kelihatan seekor ikan paus, ketam dan terumbu karang.
Perkara itu hangat diperkatakan di laman Twitter apabila rata-ratta netizen mempersoalkan kredibiliti pihak penganjur apatah lagi anugerah tersebut sudah memasuki tahun ke-34.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat visual grafik mengarut itu adalah untuk menarik perhatian penonton serta rating supaya ianya trending di media sosial.