Sajat sangat kecewa kerana hasratnya untuk berjumpa dengan kedua-dua anaknya tidak kesampaian. Katanya, mereka sudah berada satu pulau namun apakan daya, pintu yang memisahkan mereka. Sajat juga terpaksa pulang ke Australia walaupun hatinya berat untuk menerima apa yang telah berlaku.
Dia juga mengatakan bahawa dia telah memikirnya hal tersebut sewaktu berada di ruangan menunggu. Dia memohon maaf kepada anak-anaknya kerana tidak dapat bertemu.
maafkan ummi sayang.. kita dah satu pulau yang sama.. cuma pintu sahaja pisahkan kita.. maafkan ummi.. ummi kena pulang balik.. berat hati ummi nak terima.. ya Allah jaga anak anak ku.. abang adik.. ummi sayang adik.. semalaman ummi fikirkan hal ini di bilik menunggu.. maafkan ummi- Sajat
“ummi dah buat yang terbaik untuk kita berjumpa.. ummi datang jauh-jauh untuk jumpa anak-anak ummi.. ummi akur keputusan.. maafkan ummi sayang.. 2 tahun kita tak jumpa..ummi nak sangat jumpa anak-anak ummi.. ini jer peluang ummi jumpa anak ummi.. maafkan ummi sayang… ummi kena hantar balik ke Australia.. i’m really sorry”
– Sajat
Sajat telah mencuba sedaya upaya, datang dari jauh semata-mata untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Namun, Sajat tidak berjaya melepasi negara tersebut, lalu dihantar pulang ke Australia. Katanya, dia nak jumpa sangat anak-anaknya, tapi visanya masih pending dan dia akur dengan keputusan pihak berkuasa.
Sajat kecewa sehingga memohon maaf berkali-kali kepada anaknya kerana tidak dapat jumpa.
Semoga urusan Sajat untuk berjumpa dengan anak-anaknya dipermudahkan.