Visual yang memperlihatkan persembahan seorang penari hanya mengenakan bikini ketika pasangan tersebut sedang menikmati makanan beradab dalam sebuah majlis yang diadakan di ibu negara.
Menutup bahagian atas tetapi mendedahkan sebahagian punggung, penari tersebut tidak langsung malu dengan kehadiran tetamu yang mahu meraikan majlis pernikahan yang sepatutnya membawa berkat itu.
EKSKLUSIF: Normah Damanhuri Komen Majls Resepsi Ahya Rosli & Terima Menantu
Video pendek tersebut pada asalnya dimuat naik oleh kakak kepada Ahya, Liana Rosli di dalam Insta Story miliknya sebelum tular kepada umum.
“Saya tak nak komen lebih-lebih. Apa yang saya tahu, anak sudah selamat bernikah,”
– Normah Damanhuri
Video rakaman seorang penari lelaki menyerupai wanita berpakaian separuh bogel menari aksi lucah ketika membuat persembahan pada acara makan beradab di majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahya Rosli di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, semalam.
Video tular itu dipercayai dimuat naik oleh kakak Ahya, Liana Rosli yang dikenali sebagai Kak KM dalam kalangan pengikut laman sosial di ruangan Instastory miliknya, semalam.
Normah ketika dihubungi wartawan dari Harian Metro berkata, dia tahu apa yang berlaku dan segala pengisian di dalam majlis tempoh hari dipersetujui seluruh ahli keluarga.
“Pasal jemputan itu (penari), keluarga sama-sama tahu. Saya tak nak komen lebih-lebih, nanti panjang cerita.
“Yang penting, anak saya sudah selamat bernikah,”
– Normah Damanhuri
Dalam pada itu, Ahya dalam satu kenyataan di sebuah portal hiburan lain berkata, persembahan itu sekadar hiburan untuk tetamu pada majlis itu.
Katanya, dia enggan melayan kutukan serta kritikan warganet kerana menganggap pengisian majlis itu adalah haknya sebagai tuan rumah.
Dia juga menganggap warganet yang mengecam tindakan pihaknya menjemput penari itu sebagai tiada kerja selain daripada mahu mengganggu kehidupan orang lain semata-mata.
Ahya dan pasangannya, Shahirah Sanusi berkahwin pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.
Rata-rata warganet mengecam majlis persandingan anak bongsu pelakon veteran Normah Damanhuri yang disifatkan tidak sopan dan mencemarkan nama baik mereka sendiri.
Tidak cukup dengan itu ada yang kurang senang dengan persembahan tersebut memandangkan ia turut disaksikan oleh kanak-kanak dan warga emas.
Terdahulu Ahya, 32, bernikah dengan Shahirah Sanusi, 27, di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 29 Mac yang lalu.
Dia menyerahkan seutas rantai emas dan sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan hantaran sebanyak RM30,000.