Memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial adalah antara SOP yang diketengahkan oleh pihak KKM bagi mencegah wabak COVID-19 di Malaysia.
Namun, lain pula yang terjadi di Terminal Feri Kuala Perlis, semalam, selepas pengunjung dilihat tidak mempedulikan arahan KKM dan SOP yang telah di tetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Terminal feri Kuala Perlis sesak, pengunjung langgar SOP
Suasana di Terminal Feri Kuala Perlis, hari ini, sesak dengan pengunjung melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana beberapa perjalanan feri ke Pulau Langkawi, Kedah ditunda beberapa jam.
Bermula 9.45 pagi tadi, ratusan pengunjung berkumpul di luar terminal berikutan jumlah pengunjung di ruangan menunggu sudah mencapai kapasiti maksimum….
Situasi kepadatan pengunjung ini terjadi disebabkan beberapa feri di sebelah pagi dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi terpaksa menunda perjalanan mereka di atas faktor air cetek.
Ia menyebabkan ratusan pengunjung berkumpul dan mula beratur di luar terminal kerana jumlah pengunjung yang berada di dalam premis sudah mencapai kapasiti maksimum.
Walaubagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew yang bertanggungjawab menghantar 12 anggota keselamatan bagi mengawal keadaan di terminal berkenaan berkata perjalanan feri kembali seperti normal pada tengah hari selepas situasi air mula pasang.