in

Viewing Party Perlawanan Akhir EURO 2012

Sempena perlawanan akhir EURO 2012 yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini, Media Prima Berhad dengan kerjasama penaja utama siaran, Maxis akan membawa kepada anda, “Viewing Party” di Encorp Red Carpet Avenue, Kota Damansara.

Bermula dari jam 6.00 petang, pengunjung berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik seterusnya memenangi hadiah hebat, antaranya cabutan bertuah untuk menyaksikan perlawanan Manchester United di Old Trafford, tiket penerbangan ke Osaka, Jepun dan penginapan 2 hari 1 malam di Melaka.

Selain itu, pengunjung juga boleh berhibur di mini konsert yang menampilkan artis-artis popular tanah air seperti 6ixth Sense, Projek Pistol, OAG dan Drama Band serta beramah mesra dengan Josiah Hogan, Shah Iskandar, Anas Ridzuan (Mentor 6), Aiman Hakim Ridza dan Wan Sharmila. Lintas langsung program “Sorak Borak” juga akan diadakan di Encorp Red Carpet Avenue bersama pengacara, Tabah Sazwan dan Kieran (Hot FM). Tepat jam 2.45 pagi, layar gergasi di Encorp Red Carpet Avenue akan menyiarkan perlawanan akhir EURO 2012 dari Stadium Olimpik, Kiev, Ukraine.

Tarikh/ Hari : 1 Julai 2012 (Ahad)

Waktu : 8.00 malam

Tempat : Encorp Red Carpet Avenue,

Kota Damansara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JINBARA Rakam Semula Lagu Nostalgia dalam KOLABORASI MENTAL

Lebih 80 Selebriti di FEEL GOOD RUN 2012