Pada pagi ini, satu video penyanyi Zamani Slam sedang menyanyi Gerimis Mengundang telah tersebar dan jadi viral di laman media sosial. Video yang Budiey maksudkan adalah video di mana rakaman semasa penyanyi yang ditangkap gara-gara positif dadah jenis morfin itu ditangkap di kediamannya dua hari lalu. Ternyata, terang-terangan di mana penonton semua dapat melihat tangan Zamani Slam masih bergari bersama seorang perempuan di sebelahnya. Video ini mengundang simpati dan sekaligus mengundang kebencian serta menyampah dengan kerja-kerja yang tidak profesional pihak berkuasa.
Kalau ya pun nak rakam, jangan la rakam gari yang masih berlingkar kat tangan tu. Aiyoooo! Budiey sendiri tak sanggup nak siarkan video tu kat sini. Kesian.
Soalnya, siapa yang mengambil dan merakam video tersebut telah diperbahaskan di media sosial ketika ini. Yang berpendapat, video ini dirakam oleh polis yang menangkap Zamani di tempat kejadian. Mungkin juga polis ni adalah peminat tegar Zamani Slam ni sampai teruja sampai mahu mendengar Zamani nyanyi live depan mata.
Walaupun ditangkap dan tangan bergari, Zamani Slam masih lagi dapat menyanyi dengan baik dan masih boleh mengukir senyuman.
Rasanya, perkara ni tidak sepatutnya terjadi di saat kerajaan menyeru supaya semua bekerja dalam situasi yang profesional. Biarpun Zamani ditahan atas sebab dadah, namun dia juga mempunyai maruah selaku public figure dan tidak perlu diaibkan sebegitu walaupun akan ada pihak yang kata dia saja-saja mahu nyanyi ataupun dipaksa menyanyi kemudian ada pihak yang record dan sebarkan. Perlu diingat, seseorang yang ditahan belum didapati bersalah selagi mahkamah belum jatuh hukum.
Apa-apa pun, Budiey banyak membaca respon dan tindak balas penonton di mana rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan merakam Zamani Slam menyanyi ketika tangannya masih bergari dan tukang rakam pula telah menyebar di internet. Cukup memalukan. Ini adalah kes buli yang perlu dibanteras.
Ini antara respon yang Budiey petik di laman sosial:
Ya Allah.. tak perlu la nak aibkan org dgn buat video bodoh tu walaupun memang dia bersalah! Apa hak korang? X ada otak ke? Mana letak tata susila & peri kemanusiaan korang sebagai manusia yg bergelar anggota polis? Kecewa, sedih & sangat marah dgn sikap anggota polis yg telah membuli & mengaibkan abg Zamani!! Semoga Allah beri hidayah pada mereka yg telah mengaibkan dia.. Aamiin.. – Sherliza
Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri sila ambil tindakan yang sesuai di atas kesempatan yang diambil oleh penjawat awam yang berkenaan… – Mokhtaza
Buat cam mana.. dia retis lama… di buat2 la cam tu.. kalau berani pegi la tangkap orng2 kaya dato2 ke menteri2 yg main dadah … siap ada bunglow lagi nak layan kokain ke syabu g la cari… hmmm – Andy Fhamy
Aku membesar dgn lagu2 slam….aku tak pernah pandang hina pada penagih dadah tapi aku berdoa semoga Allah berikan mereka hidayah sebagaimana Allah sentiasa memelihara kita dan keluarga kita. Hari ini hari mereka esok lusa mungkin kita pula. Tapi menitis air mata menatap wajah/video ini hati terdetik tergamakkah kita mengaibkan maruah dia dan keluarga. Apa tidak ada lah di hati kita perasaan kasih sesama insan. Apakah cara hidup kita hari ini telah memesongkan akidah dan jati diri sebagai rakyat malaysia yg terkenal dgn sikap merendah diri sopan santun dan bertimbang rasa. Untuk.zamani doa aku sentiasa mengiringi kamu walau macam mana rupa kamu siapa kamu..sbb aki yakin kamu insan terpilih dari Allah semoga kamu tabah..kami2 ini belum tentu setabah kamu. – Ryzal
Ya Allah… kenape zalim sangat ni…mmg la dia bersalah , tp x plu la smpai mengaibkan die… macam ni ko layan legend ek? Baik kau pergi tangkap peragut wan maimunah lg elok – Hafizuddin
Dia ditahan atas kesalahan dadah tapi apa hal dia dibuli dgn disuruh menyanyi sambil video beliau digari dirakam. Kini video itu dah tersebar dan mengaibkan beliau. Rupanya ujian tahanan itu bukan untuk dia seorang. Sekarang yg membuli beliau dan yg merakam video ini sila jawab! – Aznil Hj Nawawi
Apa pendapat korang pula tentang isu ini?