in

Video Viral Humood AlKhuder Fenomena Dubsmash

Berita tulisan dipetik dari Berita Harian berjudul Video Humood AlKhuder cetus fenomena, lagu diterima peminat dunia. Video selama 15 saat yang dimuat naik oleh penyanyi dari Kuwait, Humood AlKhuder mencetuskan fenomena sehingga melonjak namanya dalam sekelip mata.

Video yang dikongsi hampir di seluruh dunia itu menjadi viral sehingga ada yang merakam lagu penyanyi itu menerusi aplikasi Dubsmash dalam kalangan selebriti tempatan.

Jejaka berusia 26 tahun itu berkongsi kisah hidup bahawa beliau sudah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu namun isterinya memahami kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Beliau sering berulang alik ke Boston Amerika Syarikat kerana isterinya menyambung pengajian dalam bidang Penulisan Kreatif di sana.

“Tipulah jika dia tak rasa cemburu kerana dia tetap seorang wanita. Tapi, ia bukanlah menjadi isu besar kerana beliau sememangnya memahami kerjaya saya sebagai penyanyi. Saya sudah dikenali di beberapa negara Arab sebelum berkahwin lagi. Jadi tidaklah dia terlalu terkejut dengan sambutan hangat peminat yang kebanyakannya wanita,” kata Humood kepada BH Online.

Menurut Humood, beliau sama sekali tidak menyangka lagu berjudul Kun Anta diterima baik banyak pihak sehingga beliau kini membuka mata untuk menghasilkan muzik yang universal dan menerapkan nilai positif. “Saya tak sangka apabila dimaklumkan lagu Kun Anta sangat popular di Malaysia. Ini membuktikan muzik adalah universal dan penting untuk menghasilkan lagu yang boleh diterima semua bangsa.

“Tidak dinafikan bukan mudah untuk buat lagu selepas kejayaan Kun Anta. Saya tak nak digelar ‘one hit wonder’ dan ini adalah satu cabaran buat syarikat rakaman. Humood ketika ditemui di majlis sidang media konsert Ku Mohon turut melahirkan rasa terujanya apabila namanya tersenarai antara penyanyi bagi menjayakan konsert anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) di Stadium Malawati, Shah Alam pada pada 31 Oktober nanti. Konsert Ku Mohon membariskan nama besar seperti Raihan dan Akim dari Malaysia, Opick dan Ebiet G Ade (Indonesia) serta Zain Bhikha (Afrika Selatan).

IRM menjual 9,000 tiket kepada orang ramai, persatuan, badan kerajaan dan korporat. Tiket boleh ditempah menerusi laman sesawang www.ticketpro.biz bermula 30 Jun ini.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak Enggan Ulas Soalan Tentang Cerita Kahwin

Zulin Aziz Hilang Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz