in , ,

Video Ucapan GONG XI FA CAI Dari Hugh Jackman

Tinggal beberapa hari lagi, masyarakat Tiong Hua seluruh Malaysia akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Maka, kita semua pun turut bergembira juga sebab dapat bercuti panjang, ye dok. Budiey percaya ramai yang akan balik kampung dan pergi bercuti. Fuh, alangkah bestnya dapat cuti-cuti Malaysia kan? Hmmm… I wish!

Okay, beberapa hari lalu, melalui Youtube Channel Sony Pictures Malaysia telah menyiarkan satu ucapan eksklusif daripada pelakon berwibawa, Hugh Jackman yang membintangi sebuah filem aksi sci fi berjudul CHAPPIE. Rakaman tak sampai seminit itu menampilkan Hugh Jackman tanpa pelat pun mengucapkan Gong Xi Fa Chai dan kemudian ada beberapa scene menarik berupa trailer filem CHAPPIE.

Ada berita baik kepada pembaca setia Budiey.com, di mana Budiey akan menganjurkan Premiere With Budiey menonton filem CHAPPIE pada 4 Mac ini di TGV Cinemas 1Utama. Kepada yang ingin menyertainya, jangan lupa untuk sentiasa melayari blog ini setiap hari. Takut nanti ada pulak yang ketinggalan kan?

Budiey tak sabar dah ni untuk menonton filem yang dijadualkan bakal menemui penonton di pawagam mulai 5 Mac 2015.

Chappie Movie Still

Bukan apa teringat pulak kenangan manis masa dapat peluang menemubual pelakon Hugh Jackman di Singapura semasa Media Junket Filem X‑Men: Days of Future Past tahun lepas. Memang sempoi dan peramah orangnya. Ohhh dia tak diva okay.

Di kesempatan ini, Budiey nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua pembaca yang menyambutnya dan kepada anda yang tak sambut pun, korang sentiasa berhati-hati di jalan raya okay?

Sinopsis Filem CHAPPIE:

In the near future, crime is patrolled by an oppressive mechanized police force. But now, the people are fighting back. When one police droid, Chappie, is stolen and given new programming, he becomes the first robot with the ability to think and feel for himself.  As powerful, destructive forces start to see Chappie as a danger to mankind and order, they will stop at nothing to maintain the status quo and ensure that Chappie is the last of his kind.

Chappie Movie Still

Chappie Movie Still

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yana Samsudin Sudah Nikah Fadzil Zahari Sah Jadi Suami Isteri

Gambar Baby Newborn Aidil Zafuan & Zarema Zainal