Memetik Harian Metro, menegaskan bahawa individu dalam video tular itu bukan dirinya, Mia yang terkejut dengan dakwaan tersebut menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai mengenai perkara itu.
“Di zaman sosial media, fitnah dan gosip sebegini biasa berlaku. Orang boleh je letakkan gambar sesuka hati.
“Di sini saya menegaskan gambar dan video yang tular itu bukan saya, tapi terpulang sama ada hendak percaya atau tidak.
“Saya sendiri terkejut tidak tahu dari mana sumber cerita itu. Saya terima dengan hati terbuka kerana kalau saya komen lebih-lebih nampak seperti saya yang bersalah,” kata Mia Sara.
Sementara itu, bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan turut berharap kontroversi yang melanda anaknya itu juga akan menemui titik noktah.
“Pada mulanya memang saya memberikan ruang buat Mia untuk membuat kenyataan namun lain pula jadinye. Oleh itu saya terpaksa mengambil pendekatan untuk bersuara bagi pihaknya.
“Gambar dan video yang tersebar itu bukan Mia. Saya harap hentikan spekulasi dan fitnah. Apatah lagi, kita kini berada dalam bulan Ramadan,” katanya.
Baru-baru ini, tular klip video membabitkan seorang artis wanita didakwa bertudung yang membuka tudungnya dan berparti sakan.