in ,

Video Temuramah Pelakon & Pengarah Filem Syirik

Walaupun filem Pensil tak mendapat sambutan, M. Subash begitu teruja untuk mengarahkan filem keduanya itu, Syirik. Budiey sempat menemuramah pengarah yang juga turut berlakon dalam filem yang bakal menemui penonton tahun 2009.

Dalam filem Syirik, M. Subash cuba memaparkan pengalaman seram yang pernah dilaluinya semasa kecil. Ianya mengisahkan tentang amalan dan kepercayaan segelintir masyarakat yang menggunakan ilmu hitam untuk mencapai impian mereka.

Kata M. Subash:

“Mak meninggal dunia disebabkan suatu insiden yang cukup tragis. Terdapat kesan luka pada muka ibu saya ketika dia meninggal dunia. Ayah saya ketika itu suka buat perkara yang bukan-bukan. Contohnya, menilik nombor ekor di mana ia menyebabkan hubungan ibu dan bapa saya menjadi renggang dan mereka akhirnya bercerai. Ketika itu umur saya baru berusia enam tahun. Selepas itu, ayah saya sering menjadikan saya sebagai ‘umpan’ kepada apa yang dia telah sembah sebelum itu. Banyak kejadian aneh yang telah saya alami. Sampai sekarang doktor tidak tahu punca muka ibu saya calar balar. Sebenarnya, orang India pun ada amalan syirik mereka sendiri. Tetapi apa yang cuba saya sampaikan melalui filem ini ialah supaya kita menjauhkan amalan yang tidak elok ini.”

Syirik yang diterbitkan oleh Genius Parade Sdn. Bhd. dengan kos pembikinan berjumlah RM400,000 itu akan menjalani penggambarannya mulai 25 Ogos ini dan dijangka siap dalam masa 4 hari.

Menurut Subash, Syirik dihasilkan bukan kerana mengikut trend sambutan terhadap filem hantu tetapi ia banyak menyelitkan unsur pengajaran.

“Syirik membawa tema tentang manusia yang menyimpang daripada ajaran agama yang sebenar. Setiap manusia terdedah kepada syirik kalau mereka tidak ikut 100 peratus ajaran agama masing-masing. Justeru, ada pihak yang cuba atasi gejala syirik. Dalam filem ini kami gunakan watak lakonan Mak Mah (Ruminah Sidek) yang mengajak para penonton supaya kembali kepada ajaran agama. Selain berlakon, kami juga telah melantik Mak Mah sebagai penasihat lakonan kerana pengalamannya selama berpuluh-puluh tahun dalam bidang ini.”

Syirik yang menjalani penggambaran di sekitar Batu 21, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dan Cheras itu banyak menampilkan pelakon baru seperti Elly, Ruby, Jeff Omar, Jeffry Jeff dan Zaid.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SINOPSIS MERTUA VS MENANTU

Budiey Mencari 30 Pembaca ke Majlis Pratonton FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1