[dropcap]B[/dropcap]udiey amati lirik lagu Teman Pengganti ada keistimewaan tersendiri berbanding lagu yang lain yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 27. Liriknya ada maksud yang mendalam, menceritakan sisi kehidupan seorang yang kecewa dengan sahabat atau kekasih atau insan yang mereka sayang. Teman Pengganti juga diramal oleh beberapa pemerhati antara lagu yang sangat kuat untuk dijulang sebagai Juara Lagu AJL27. Jika katakanlah lagu ini, mungkin ia menjadi lagu rap pertama yang menjadi juara sepanjang penganjuran AJL27.
Baru-baru ini, Budiey semasa mengikuti Jelajah AJL27 di Kompleks Melaka Mall, Budiey sempat menemubual penyanyi lagu Teman Pengganti ditemani penyanyi rap RJ (yang menggantikan Malique.) Menurut Black, dia yakin lagu ini ada unsur-unsur pengajaran dan mesej tersendiri kepada pendengar jika diamati betul-betul bait-bait liriknya. Bagi Budiey, dari segi komposisi atau lenggok lagu, walaupun ianya seakan sama dengan lagu di zaman 90 an dulu, iramanya sangat catchy dan santai dinyanyikan. Tak dinafikan lagu ini antara yang menjadi siulan anak muda.
Persediaan finalis AJL27 sedang berjalan lancar sekarang ini. Semua finalis nampaknya bersemangat untuk lakukan yang terbaik. Selebihnya terpulang kepada pihak juri yang menilai lagu mereka. Budiey difahamkan pentas AJL27 sedang dibina di Stadium Putra Bukit Jalil. Kali ini, konsep yang diketengahkan ialah Ekspresi Seni, jadi pentas menggunakan unsur warna dan elemen seni. Nak tengok macamana stage AJL27, kenalah tunggu ye.
Menurut Black, tiada prop yang terlalu banyak sehingga penuh pentas dan persembahan mereka pun sekadar bersahaja. Cuma mereka akan menekankan dari sudut visual di mana penonton akan turut merasai mesej dan rasa kesedihan lagu ini.
Buat Black & RJ, Budiey ucapkan selamat berjuang di AJL27 pada 6 Januari 2013 nanti ya. Semoga sukses.
Tengok video ni, Budiey rakam semasa Black dikerumuni oleh beberapa peminat yang mahu bertemu sejurus turun dari bas. Ramai juga peminat Black ni ya. Tak sangka.