in , ,

Video Temubual Budiey Bersama LAWSON di Media Junket Singapura

Pada 6 Oktober yang lalu, Budiey diterbangkan ke Singapura untuk bertemu mata dengan sebuah band yang menggelarkan diri mereka Lawson. Beberapa hari sebelum bertolak, Budiey sempat juga mendengar lagu-lagu Lawson yang terdapat di Spotify. Ternyata, grup dari UK ini bukan calang-calang. Muziknya ada seni dan ruh tersendiri.

Terima kasih banyak kepada Universal Music Malaysia kerana sudi menjemput Budiey.com.

Menyorot kembali empat tahun lalu, Lawson mencipta sejarah tersendiri di arena seni suara antarabangsa apabila menduduki carta ke-5 dari 10 single paling top di UK. Lawson juga mengumpul jumlah peminat yang bukan sedikit. Lihat kepada Facebook dan Instagram mereka, punyalah ramai followers mereka. Jualan album mereka mencapai jumlah satu juta unit. Ramai yang berpendapat, Lawson boleh pergi lebih jauh dan bertahan lama kerana mereka begitu berbakat dalam karya muzik pop rock.

Lawson

Kemudian Lawson agak menyepi seketika. Katanya, mahu fokus untuk mendapatkan material untuk lagu-lagu terbaru. Sehinggalah sekarang ini mereka kembali buat comeback dengan mencipta lagu terbaru ROADS. Sempena dengan persinggahan mereka di Singapura, Budiey sempat bertanyakan Lawson tentang perkembangan terkini dan sambutan single terbaru ROADS.

Formed in 2009, the band originally chose the name the Grove, but changed it to Lawson in honor of the surgeon who operated on Brown after he was diagnosed with a brain tumor. In 2011, Lawson released their debut single, “When She Was Mine,” and toured as a support act for the similarly inclined boy band the Wanted. In 2012, Lawson released their debut full-length album, Chapman Square, on Polydor Records and reached number three on the UK Albums Chart. The album featured production from John Shanks, Carl Falk, Rami Yacoub, and others, and peaked at number four on the U.K. albums chart. The following year, Chapman Square was re-released as Chapman Square Chapter II with added tracks, including the single “Brokenhearted” featuring rapper B.o.B.

Mendekati kumpulan yang terdiri daripada empat anak muda kacak Andy Brown (guitar, lead vocals), Ryan Fletcher (bass guitar, backing vocals), Joel Peat (lead guitar, backing vocals) dan Adam Pitts (drums), ternyata mereka sangat peramah dan mesra pula berbicara. Mereka sempat berseloroh akan rindu kepada semua peminat di Malaysia dan mengimbau kembali diari seni mereka yang pernah singgah seketika di Malaysia untuk sebuah showcase beberapa tahun sudah. Ternyata kerinduan itu akan terubat jika mereka singgah sekali lagi untuk mempromosikan buah tangan terbaru tidak lama lagi. Peminat Lawson di Malaysia, nantikan ya!

Lawson

Sepanjang temubual berlangsung di sebuah hotel yang terletak di Jalan Orchard di tengah kesibukan bandar Singapura itu, ternyata Lawson tidak lokek untuk bercerita panjang. Mungkin muzik mereka yang matang telah mematangkan pemikiran mereka, betapa pentingnya hubungan mesra bersama media.

Lawson turut berbangga kerana album Chapman Square masih didengari sehingga kini. Impian mereka tidak lain tidak bukan mahu mengumpulkan kembali peminat yang mereka rindukan. Sementara pada petang hari yang sama mereka turut bertemu dengan lebih 20 orang peminat di sebuah RDIO, sebuah music streaming yang cukup terkenal. Walaupun hanya sempat menyanyikan empat buah lagu, namun sekalian peminat Lawson yang ada teruja untuk sama-sama mengalunkan serta ia jadi sebati dalam muzik akustik mereka.

Menurut Lawson, bukan mudah untuk mencipta lagu yang terbaik. Untuk album akan datang ini, segala usaha dibuat untuk menjadikan album kali ini lebih baik, lebih menepati citarasa trend muzik sekarang ini. Yang paling penting, Lawson mahu nama mereka lebih gah dari sebelum ini. Single ROADS adalah satu jalan untuk mereka terus berjuang mencipta yang terbaik bukan setakat mahu memuaskan hati peminat malah lagu ROADS juga punya makna tersendiri bagi mereka. Single ini ada makna dan mesej tersendiri. Berkisar tentang kehidupan seorang manusia yang penuh dengan pancaroba. Bait liriknya penuh dengan luahan emosi. Bercerita tentang insan terdekat, lagu ini diharapkan dapat diterima oleh peminat di Malaysia.

Lawson

Seunjuran dengan itu, Universal Music Malaysia telah melancarkan album repack Lawson Asia Edition yang memuatkan 10 buah lagu termasuk lagu ROADS.

Untuk menyiapkan album baru, Lawson terpaksa mengembara bagi mendapatkan inspirasi dalam muzik mereka yang lebih segar dan mantap. Dengan itu, band ini terbang ke Nashville, USA untuk merakam album. Mereka memilih merakam di sebuah studio ternama iaitu Blackbird studios di mana pernah menjadi tempat untuk Kings of Leon merakam album sebelum ini. Lokasi studio seperti ini menyuntik inspirasi dan kreativiti buat Lawson.

Budiey tidak mahu bercerita banyak, harap anda semua saksikan video temubual Budiey bersama Lawson di atas ni. Sekali lagi, Budiey nak berterima kasih kepada Universal Music Malaysia kerana sudi menerbangkan saya ke Singapura untuk bertemu dengan Lawson seterusnya dapat menjayakan sesi temubual ini.

Lawson

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HyppTV Umum Pengacara, Juri & Radio Rasmi Program ROCKERS

Inteam Records Lancar Jualan Harga Runtuh RM10