Ini dia antara video rakaman Budiey semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Persatuan Filem Malaysia yang diadakan di Menara Kuala Lumpur. Sebagai menceriakan majlis, penganjur mengadakan pertandingan karaoke. Sekadar suka-suka saje. Mungkin juga sebab tidak ada penyanyi yang datang, jadi hadirin yang terdiri daripada media dan pelakon ‘dipaksa’ menyanyi. Budiey antara yang menjadi mangsa. Tapi malangnya, Budiey tak sempat nak suruh kawan-kawan media lain rakam masa Budiey nyanyi lagu pebret, SENYUMLAH KUALA LUMPUR – ALLEYCATS. Hahaha, buat pecah speaker je sebab memang hancus habis.
Tapi lain pula dengan pelakon comel, Syanie yang sempat menyumbangkan suaranya. Sekali tengok video ni memang lawak jugek sebab selamba je Syanie suruh tukar lagu MENCINTAIMU version lain. Syanie kan suka buat lawak sempoi dia.
So, layan je la ek~