Video Suami Belasah Isteri Tersebar di Youtube
Video Suami Belasah Amanda Fong Yang Hamil 2 Bulan Tersebar di laman sosial facebook sekali lagi digemparkan dengan kes suami belasah isteri. Dua video yang diupload pada facebook Amanda Fong yang berdurasi 11 minit setiap video kini tersebar meluas dengan jumlah share pada video tersebut mencecah 131 ribU tontonan.
Di atas adalah salah satu gambar yang diambil dari facebook Amanda Fong di mana terdapat kesan-kesan luka hasil belasahan.
Video ini kejadian suami belasah isteri ini dikatakan sangat kejam dan zalim.
Macam-macam komen dan andaian oleh penonton boleh dibaca di Youtube Video ini. Buletin Utama malam ini juga turut menyiarkannya.
Berita tentang Video Suami Belasah Isteri ini juga turut disiarkan dalam akhbar Harian Metro pada hari Rabu – 5 September 2012.
IPOH: Seorang wanita muda nekad merakam aksi dia dibelasah suaminya selama hampir setengah jam sebelum rakaman itu dimuat naik ke Internet menerusi laman YouTube sehingga menarik perhatian lebih 35,878 pelayar.
Klip video bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ itu memaparkan mangsa, Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya yang berusia 20-an hingga cedera teruk.
Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan terbabit di Ipoh Garden South, di sini.
Rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik sendiri oleh Amanda ke akaun facebook (fb) miliknya pada 30 dan 31 Ogos lalu sebelum ia turut dimuat naik ke laman YouTube kelmarin.
Lebih mengejutkan, Amanda turut berkongsi pengalaman pahit itu menerusi catatan di laman facebook termasuk menyiarkan gambar kesan lebam dan luka akibat dibelasah suaminya.