in ,

Video Siti Nurhaliza Nyanyi di Rumah Terbuka Media Prima

Di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Deepavali Media Prima 2009 di Sri Pentas jam 3 petang tadi, Dato’ Siti Nurhaliza telah menghiburkan lebih 1500 tetamu dengan dua buah lagu iaitu Sesuci Lebaran dan Suara Takbir (lagu asal Allahyarham P. Ramlee).

Lontaran vokalnya padu seperti adanya, tetap rileks santai dalam keserian wajah anggun yang sentiasa menguntum senyuman berbunga, cahaya matanya mencari reaksi peminat di sekeliling, dari kanan – menabur kasih, menyubur cinta pada si anak-anak kecil yang gersangkan kasih sayang, dari kiri pula – meninjau-ninjau pada lensa-lensa dan cahaya flash yang memantulkan keserian pada foto-foto. Sedang Budiey terduduk seketika di kerusi mendepani pentas, bersungguh-sungguh mahu puaskan hati pembaca dengan menggunakan siku yang kian lenguh dibuat sebagai tripod untuk kamera Nikon D90nya. Moga video ini nampak terang pada mata penonton di youtube nanti.

Wajah Siti nampak macam makin putih dan agak kemerah-merahan sikit. Budiey percaya ramai mata yang tertumpu pada Siti ketika persembahannya siang tadi. 

Budiey mulanya expect Siti nyanyi lagu baru dalam album Tahajjud Cinta tadi, tapi tak pe, mungkin takde rezeki. Lain masa la ek. Tapi dua-dua lagu ni kira boleh memeriahkan suasana rumah terbuka di penghujung Syawal ini.


SESUCI LEBARAN


SUARA TAKBIR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IZ OIAM2 Duta Produk Toshiba dan Jam Tangan Nooka H5

Radio HOT FM Kini Radio Nombor Satu Malaysia Keseluruhan