Duit banyak tapi masih merungut? Haihhh… Orang yang tak berkemampuan pun masih mampu bersyukur, tapi dah banyak duit pun masih mahu merungut lagi.
Baru-baru ini, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Alif Syukri ada memuat naik satu gambarnya bersama kereta mewah jenis Rolls Royce Dawn menerusi laman Instagram miliknya.
Yang tak bestnya apabila kapsyen Aliff tu macam merungut dia dikenakan bayaran sebanyak RM60 ribu untuk roadtax kereta mewah yang hampir setahun tidak pernah digunakannya itu.
“Kesian kereta ni dah setahun tak bawa sebab minyak mahal lepas tu pening.. Bayar road tax RM60k rugi jee jadi saya nak sewakan lah utk korang,” tulisnya di ruangan kapsyen tersebut.
Amboi datuk seri… Kereta harga RM4 juta, roadtax RM60 ribu takkan susah nak bayar pula?
Ada sumber yang mengatakan starting price kereta Rolls Royce Dawn jika di Malaysia ialah RM4 juta! Roadtax sahaja dan RM60 ribu, boleh keluar Proton Saga cash sebiji!
Kekayaan Aliff bagaikan melimpah-ruah bila kereta mewahnya disimpan seperti perhiasan sahaja. Aduhh… Menangis tengok kereta berderet je.
Netizen pun apa lagi, mulalah serangan di ruangan komen Aliff. Ramai yang meninggalkan komen mengatakan Aliff bagaikan tidak bersyukur apabila dia mula merungut hanya kerana roadtax dan harga minyak.
Tambah pula dia bagaikan tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepadanya jika dibandingkan dengan sesetengah orang yang tidak berkemampuan.
Sebelum ini Aliff ada memuat naik satu posting dengan menggunakan perkataan ‘azab’ apabila dia terpaksa menunggu lebih lama sementara ‘istana’ mewah baharunya siap tidak lama lagi.
Ramai netizen kecam sebab dia dikatakan tidak bersyukur hanya kerana perlu duduk di rumah yang mempunyai lapan buah bilik itu.
Haihh Datuk Seri… Mungkin dia sendiri tidak sangka kata-katanya itu telah membuatkan banyak hati yang terguris. Yalah, netizen sekarang ramai ‘hati tisu’ dan Aliff sendiri sentiasa berasa teruja di dalam setiap postingnya.
Mungkin Aliff kini mahu lebih fokus dalam mengumpul aset. Dengarnya dah banyak rumah banglo yang sudah dimiliki olehnya.
Baguslah kalau rumah itu dapat digunakan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Sumber: MyNewsHub