Semasa buat liputan di karpet merah Anugerah Skrin ASK 2015 yang berlangsung pada 8 November 2015 anjuran TV3 yang lalu, Budiey sempat menemubual pelakon terkenal Izara Aishah yang mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini. Beliau cukup minat dengan busana ini sebab ia direka dengan begitu teliti.
Jom tonton temubual yang sempat Budiey rakam di atas ini. Selain Izara, Budiey juga sempat bertemu dengan pelakon Mimi dan juga Mawar.
Budiey nak ucapkan terima kasih kepada Sacoor Brothers kerana sudi menaja sepasang suit lengkap untuk Budiey pakai di ASK 2015. Juga kepada Shawn Cutler yang terletak di Bangsar kerana sudi menaja dan buat tatagaya rambut Budiey serta Huios Prep Meal yang sudi menaja makanan clean diet untuk Budiey.