Pada 10 Januari lalu, Budiey hadir di Majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3 yang diadakan di Restoran Flora Terrace, Kuala Lumpur. Rasa Budiey la kan, ini adalah kali pertama TV3 anjurkan majlis sebegini untuk mengumumkan drama-drama yang bakal ditayangkan di suku pertama tahun 2013.
Apa yang Budiey dapat bagi tahu, TV3 kini semakin bijak menyusun program drama-drama yang meletop-letop untuk memastikan konsisten dari segi bilangan rating penonton. Kalau tahun lepas, kita dapat lihat drama-drama gempak yang ditayang pada tahun lepas seperti Apa Celop, 3 Janji, Vanilla Coklat, Bukan Bidadari, Mimpi Cinderella, Runtun Qalbu, Bini-Bini Perkasa dan banyak lagi mencapai rating yang tinggi. Setidaknya, drama di TV3 tidak menampilkan pelakon yang sama, malah Budiey lihat ia sebagai pemangkin untuk mengeluarkan wajah-wajah dan bakat-bakat baru.
Selain makan-makan, majlis berkonsepkan glamor dan glitter ini juga membuka peluang untuk para media memenangi hadiah melalui cabutan bertuah dan menemubual pelakon-pelakon yang hadir. Memang majlis kali ini agak lain dan istimewa sikit.
Sebanyak empat buah drama diperkenalkan iaitu Hanya Pada Mu, Cinta Qaseh, Ruby dan Janji Shirah.