Masih lagi hangat diperkatakan mengenai kisah usahawan kosmetik, Nursajat yang kini sedang menjalani ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya.
Bukan sesuatu yang tidak baik mengerjakan ibadah di Tanah Suci, namun apa yang menjadi pertikaian ramai adalah penampilannya di sana sebagai seorang jemaah wanita.
Tular gambar dekat ‘airport’ pakai jubah lelaki
Terbaru, tular pula sekeping gambar Sajat dan dua orang rakannya ketika di lapangan terbang, dengan memakai jubah lelaki dan tidak mengenakan tudung.
Sampai Mekah pakai telekung?
Kemungkinan besar Sajat lepas pergi ke Tanah Suci sebagai jemaah lelaki, namun dia mengubah semula penampilannya sesampai sahaja di Tanah Suci.
Bagaimana pun dalam salah satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, menyatakan kekeliruan berikutan dua lagi sahabat Sajat, yang dipercayai ‘Mak Nyah’ turut mengerjakan Umrah dan menjalani ibadah dalam kalangan jemaah wanita.
Boleh dikatakan, kebanyakan netizen mempersoalkan bagaimana Sajat dan rakan-rakannya dapat mengejarkan Umrah dengan beridentiti sebagai wanita.
Biarlah itu antara mereka dengan Allah, kita sendiri juga tidak tahu sejauh mana identiti jantina mereka. Diharapkan, semoga Allah lorongkan hati mereka untuk kembali kepada fitrah.