Menerusi video permohonan maaf tersebut, Zuher mengakui kesilapannya dan bertanggungjawab atas menularan video memalukan itu.
“Saya Mohd Zuher yang baru-baru ini viral ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Nora dan keluarga saya sendiri.
“Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak Nora iaitu Putri Nor Dahlia untuk dijadikan viral.
“Saya juga amat menyesali atas apa yang telah saya lakukan,” katanya.
– Mohd Zuher
Zuher turut memohon netizen agar tidak terus menularkan video yang memalukan itu.
“Saya juga meminta jasa baik netizen untuk menghentikan penularan video berkenaan.
“Akhir kata dari saya, saya ingin memohon maaf atas penularan video tersebut,” tambahnya.
– Mohd Zuher
Tular baru-baru ini sepotong video yang memaparkan aksi bercumbu anak Nora, Putri Nor Dahlia dan remaja berkenaan yang dikenali sebagai Zuher.
Video terbabit mendapat kecaman netizen dan dianggap telah mencalarkan reputasi Nora sebagai artis yang bersih dari kontroversi selama ini.