in , ,

Video Reaksi Ibu Peluk Neelofa Bila Lihat Penampilannya Berniqab Undang Sebak

Video yang dimuat naik oleh ibu selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed menarik perhatian ramai apabila dia memeluk anaknya yang tercinta itu mengenakan niqab.

Di ruangan kapsyen, Datin Noor Kartini juga meluahkan rasa syukurnya kerana telah mengurniakan hidayah buat anaknya itu dan berharap yang sama untuk dirinya, keluarga serta seluruh umat manusia.

”Syukur Atas Hidayah Untuknya,”- Ibu Peluk Erat Neelofa Bila Lihat Penampilannya Berniqab

MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untukku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku..

Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku , seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn

Love you bidadariku @neelofa 

#anakluarbiasa

– IG Datin Noor Kartini
NEELOFA

Bukan itu sahaja, Neelofa juga turut berkongsikan detik indah itu di ruangan Instastory miliknya. Tulisnya, ibunya merupakan insan teragung yang sentiasa berada di sisinya di setiap langkah.

Sejak dari semalam, Neelofa telah berkongsikan dua fotonya mengenakan niqab atau purdah muslimah di laman Instagramnya. Foto-foto tersebut mendapat ribuan komen daripada pengikutnya yang memuji kecantikannya sekaligus mendoakan yang terbaik buat dirinya.

NEELOFA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Naik Berang, Chacha Maembong Nafi Bisnes Guna Dana Macau Scam & Judi Online

Lagu PERIT Aliff Iskandar & MUNGKIR Syahmi Irfan Melatari Drama PEREMPUAN TANPA DOSA