Penyanyi Ayda Jebat tampil menjelaskan situasi sebenar yang mengaitkan namanya dengan pelakon Redza Rosli yang didakwa kebanyakan pihak bahawa hubungan mereka sudah berakhir.
Kata Ayda, dia berpendirian yang baik-baik sahaja andai ada pihak yang memberikan sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah pun berakhir.
Putus dengan Redza Rosli Sebab Oktovia Manrose, Ini Penjelasan Ayda Jebat: https://youtu.be/MB1rd9sFtNE
“Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.
“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istillah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya.
“Malah sebelum ini pun, kami memang profesional juga, cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama,”
– Ayda Jebat
Terdahulu, penyanyi Temberang ini di temui ketika pada majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite dalam pakej Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack ho Palace of Golden Horses, Kuala Lumpur semalam.
Tidak mahu memberi komen panjang, Ayda mengakui dia perlu menjaga hati banyak pihak.
“Sejujurnya juga, ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka, bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sana juga.
“Pada masa sama, kami juga sudah bersetuju untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan. Rasanya itu adalah yang terbaik,”
– Ayda Jebat
Dalam pada itu, dia terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain, Oktovia Manrose.
“Saya juga sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan namanya,”
– Ayda Jebat
Bagaimanapun, Ayda bersikap matang dan punyai jawapan tersendiri.
“Bagi saya tak perlu nak kaitkan perkara ini dengan orang lain,”
– Ayda Jebat
Sumber: Gempak
Ayda Jebat Ulas Dakwaan Hubungan Dengan Redza Rosli Berakhir, Terkejut Nama Oktovia Terpalit
Penyanyi Ayda Jebat mengakui terkejut apabila nama pelakon baharu Oktovia Manrose tiba-tiba muncul dan didakwa menjadi punca hubungannya dengan Redza Rosli menjadi renggang.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 27, berkata, dia juga tidak mahu permasalahan yang berlaku di antara dirinya dengan aktor Isteri Untuk Diiktiraf dikaitkan dengan mana-mana pihak.
“Sebenarnya saya terkejut juga ada kenyataan yang sebegitu. Tiba-tiba sahaja mengaitkan nama Oktovia dalam perkara ini.
“Bagi saya tak perlu kaitkan orang lain kerana ini antara saya dan pihak di sebelah sana.
“Kalau tiba-tiba timbul itu mungkin adalah puncanya dan saya tak mahu cakap apa-apa sebab ia tiada kaitan langsung dengan saya,”
– Ayda Jebat
Ayda tidak mahu mengaitkan pihak ketiga dalam hubungannya bersama Redza.
Ayda ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Aura White Sparkle Diamond Skincare & Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Palace of The Golden Horses Hotel, Seri Kembangan pada Rabu.
Dalam pada itu, Ayda menjelaskan dia juga mengambil positif setiap spekulasi melibatkan hubungannya dengan Redza yang dikatakan sudah berakhir.
“Bagi saya Allah dah tunjukkan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, itupun sekiranya ada… Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.
“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istilah putus cinta. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik dan harapnya begitu juga dengan dia.
“Sebelum ini pun, kami memang profesional cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami mula diperkatakan kerana sering dilihat bersama,”
– Ayda Jebat
Sebelum ini, Ayda dan Redza dikaitkan mempunyai hubungan apabila sering bersama dan memberi ucapan-ucapan romantik di laman sosial.
Ayda juga sebelum ini pernah memberitahu dia tidak menolak sekiranya ada jodoh bersama aktor berkenaan.
Sumber: Mstar Online
‘Kenapa Kaitkan Saya? Tanya sendiri Redza, Ayda’ – Oktovia Manrose
Pelakon sensasi Oktovia Manrose bingung apabila dikaitkan sebagai punca hubungan cinta Redza Rosli dan Ayda Jebat tidak kesampaian.
Oktovia berkata, orang ramai tidak sepatutnya terus membuat andaian tanpa terlebih dulu mendapatkan penjelasan sebenar kerana tidak semua yang sampai ke pendengaran mereka sahih.
“Tidak wujud dakwaan mengatakan saya sebagai orang ketiga, apatah lagi menjadi punca yang menyebabkan hubungan Redza dan Ayda renggang.
“Lebih baik perkara itu ditanyakan sendiri kepada tuan punya badan. Jangan terus buat kesimpulan hanya kerana saya dan Redza rapat disebabkan kami pernah berlakon bersama,” katanya.
Kakak kepada pelakon Aprena Manrose itu berkata, dia dan Redza mula rapat ketika sama-sama membintangi drama Hero terbitan NS Star Studio, milik Darling Ngasri yang disiarkan menerusi TV2.
“Kami akrab atas dasar kerja dan tiada sebarang hubungan istimewa. Saya juga tidak tahu dengan siapa saya akan bertemu jodoh. Perkara itu di luar bidang kuasa saya,” katanya.
Ibu tunggal anak satu itu sebelum ini, pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan menjalin hubungan dengan bekas suami Bella Astillah, Aliff Aziz.
“Kontroversi yang melanda dulu membuatkan saya lebih berhati-hati. Saya tersalah langkah hingga pernah memberikan pelbagai kenyataan mengarut.
“Perkara itu sudah berakhir, tidak perlu dibangkitkan lagi. Saya hanya mahu pandang ke depan ketika rezeki dalam bidang lakonan semakin murah,” katanya.
Anak kepada pasangan penyanyi Iwan dan Allahyarham Rosnah Mohd Noor itu bersyukur, kontroversi yang melanda tidak memudarkan kepercayaan penerbit untuk terus memberinya peluang.
Sumber: Berita Harian