Nama PU Riz dan Neelofa siap menjadi trending di Twitter dan menjadi bualan hangat untuk beberapa hari. Namun semalam rancangan ‘Melodi’ akhirnya telah berjaya mendapatkan kenyataan daripada pendakwah tersebut.
PU Riz tepis dakwaan mempunyai hubungan istimewa, akui hanya rakan sekerja
Dalam temubual berkenaan, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Muhd Ismail telah menepis dakwaan dan menjelaskan bahawa hubungan rapat mereka bukanlah kerana sudah menjalinkan percintaan.
Namun sebenarnya, pertalian dua individu ini menjadi akrab memandangkan sama-sama bekerja selain terlibat sebagai jurucakap bagi sebuah pertubuhan milik wanita itu.
Bijak menjawab setiap soalan biarpun diasak berkali-kali oleh wartawan
Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian adalah cara pemuda berusia 25 tahun berkenaan menjawab soalan daripada wartawan.
Kata-kata yang diluahkan disusun dengan penuh cantik dan bijak menjawab supaya tidak timbul sebarang kontroversi tanpa menyakitkan hati sebarang pihak.
Barulah sesuai jadi wartawan, mengasak in a polite way. Soalan dia semua yang peminat nak tanya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh pendakwah berkenaan.
Mereka juga turut menyokong sekiranya kedua-dua selebriti tersebut mempunyai hubungan bersama kerana dilihat sangat sepadan antara satu sama lain.
Jom tengok reaksi dari netizen.