Lanjutan dari video muzik Patah Seribu yang dibuat dalam dua version, rupanya ia disambungkan dan dipanjangkan lagi dalam sebuah telemovie yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad dengan penampilan istimewa Shila Amzah. Kepada pembaca yang tak sabar untuk menonton, jangan lupa, mark atau tandakan di kalendar telefon bimbit masing-masing, telemovie ini akan ditayangkan pada 23 Februari 2012, Khamis jam 9 malam di Astro Ria.
Drama arahan Michael Ang, seorang pengarah prolifik lagi tersohor yang popular dengan drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini turut menampilkan pelakon Amar Baharin, Amar Asyraf, Jihan Raja Lawak, Sharifah Shahora, Khaty Azean, Nurin, Azlan Komeng, Jasmin Hamid dan Mahmud Ali Bashah. Michael Ang juga selaku penerbit drama ini pastinya menaruh harapan yang tinggi agar drama ini diterima oleh penonton.
Cerita tentang kisah percintaan ala-ala cinta dua darjat. Shila Amzah anak orang berada. Manakala Sharnaaz pula jadi seorang pemuda, kutu jalanan yang hanya jual buah berangan. Dalam trailer ada tunjuk konflik yang akan menimpa pasangan romantik ni. Sambil terkejut juga bila ada pergaduhan dan unsur gengsterime.
Apabila cinta yang murni dikhianati… sama-sama kita nantikan kisah selanjut dan penamat drama ini.
PROMO TRAILER TELEMOVIE PATAH SERIBU
Pastinya, telemovie ini akan menjadi perhatian untuk #Shilalas, kelab peminat Shila Amzah yang Budiey rasa sekarang dah tak sabar-sabar untuk menonton drama ini. Excited betul. Persoalannya, bolehkan Shila Amzah berlakon? Mampukah Shila membuktikan beliau juga berbakat dalam dunia lakonan? Budiey lihat pada trailer dan teaser drama yang sudah pun bermaharajalela di Youtube, sesungguhnya penyanyi berbakat besar ini boleh aje nak cuba bidang lakonan.
Percubaan pertama Shila Amzah setelah sekian lama menjadi penyanyi menguji dan menjadi satu kayu ukuran bagi beliau. Budiey menganggap ini satu permulaan yang bagus kerana Shila Amzah taklah kaku seperti mana yang diperkatakan dalam internet dan blog. Lagi pun, sebab utama Shila berlakon adalah kerana tajuk drama ini sendiri yang menggunakan single beliau.
Kepada Shila Amzah, rasanya tak perlu melatah atau berkecil hati dengan teguran dari mulut jahat dan cacian atau pun kutukan orang di luar sana. Anggap ia satu cabaran untuk kamu ya. Ambillah kritikan membina sebagai satu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu persembahan. Dan, pekakkan telinga dan butakan telinga jika ada kutukan yang bersifat untuk menjatuhkan. Keep it up, Shila. You are the best!
“Saya memang meminati bidang lakonan cuma sebelum ini saya tidak mempunyai kesempatan untuk mencubanya. Saya anggap tawaran untuk berlakon dalam telefilem ini sebagai takdir memandangkan Michael juga telah bertungkus-lumus membuat muzik video saya dan merasakan jalan ceritanya agak menarik. Sebab utama saya memilih untuk berlakon juga kerana telefilem ini menggunakan tajuk lagu nyanyian dan ciptaan saya serta berlandaskan kepada jalan cerita dalam lagu itu.” – Shila Amzah
Semoga drama ini mendapat rating yang tinggi di Astro Ria. Syabas kepada semua yang menjayakan telemovie ini. Untuk Michael Ang pula, jika drama ini dapat sambutan, apa kata buat filem Patah Seribu pulak. Mesti ramai yang sanggup beratur nak beli tiket. Gempak beb! Agak-agak boleh kalahkan kutipan Ombak Rindu kot.