Selepas mendedahkan wajah Nur Fatima Aisya kepada umum nampaknya orang ramai tidak puas untuk melihat puteri kesayangan Fazura itu yang semakin membesar. Umum sedia tahu bahawa Nur Fatima Aisya dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun pasangan terbabit mendirikan rumah tangga.
Walau bagaimanapun posting Fazura nampaknya mengundang orang ramai meninggalkan ribuan reaksi kepadanya selepas memuat naik video rakaman pendek cahaya mata sulungnya itu diruangan Instagram peribadinya yang telah mempunyai jumlah pengikut mencecah 5.5 juta.
Posting Fazura yang memaparkan video gelagat Fatima yang dikongsikan dalam masa yang sekejap sahaja itu ditonton hampir 900 ribu kali sehingga juga mendapat hampir 200,000 tanda suka.