Kalau tanya Budiey, persembahan paling Budiey suka pada malam Anugerah Bintang Popular semalam tentunya persembahan bergaya penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza. Pilihan lagu Bukan Cinta Biasa, No Body (cover version dari Wonder Girls) dan Nirmala dengan susunan muzik yang bertemakan K-Pop mendapat perhatian ramai. Budiey kira, rata-rata semua yang ada di Arena of Stars rasanya terhibur dengan persembahan penutup ABP dari SIti Nurhaliza semalam.
Siti tampil elegan dengan dress rekaan dari Rizman Ruzaini yang turut mereka pakaian Siti semasa acara red carpet. Oh ya, ramai yang bertanya dengan Budiey, samada Budiey sempat ambil gambar Dato’s Siti Nurhaliza di ABP semalam. Jawapannya, usah ke nak ambil gambar, Budiey pun tak sempat jumpa dengan beliau. Cuma dapat lihat dari jauh semasa Siti buat persembahan ini.
Yang penting, masa Siti Nurhaliza nyanyi lagu No Body tu, Siti nampak comel & cute. Bukan apa, Siti juga ikut menari macam ala-ala Wonder Girls.
Untuk persembahan Nirmala pula, Siti dibantu oleh serombolan grup pemuzik ala busking. Memang Siti masih bertenaga untuk menari sambil menyanyi. Cuma nampak kat TV, Siti makin berisi. Betul ke, ada yang kata Siti sedang mengandung?