Penyanyi baru yang bernama Jerry Zakaria tersebut mendakwa terkejut apabila dua orang samseng datang ke arahnya lalu merampas mikrofon di tangannya ketika dia sedang menyanyikan single barunya yang bertajuk Jurang. Menerusi laman Twitter, seorang saksi berhasil merakam kejadian tersebut menggunakan kamera telefon pintarnya.
Bertabah lah bro @JerryZakaria3 Tak semua bende yg dirancang akan ikut plan. Sian die kne kacau masa tgh buat show kt Sogo #jurang ptg td. pic.twitter.com/SP6kBe7OQL
— Mohd Hizir Rembeli (@encikjejet) February 16, 2019
Dalam video tersebut, samseng itu turut mendakwa bahawa tindakan Jerry mempromosikan lagunya di Sogo ibarat menutup ‘periuk nasi’ para OKU yang sering menyanyi di kawasan itu.
Justeru tindaknnya menyanyi dihadapan Sogo dikatakan boleh mengacau sumber rezeki para OKU dan seharusnya tidak wajar dilakukan. Jerry, penyanyi baru yang berusia 30-an itu, menerusi kenyatannya di Twitter berkata dia sudah pun memaafkan tindakan samseng-samseng tersebut dan akan lebih berhati-hati dalam memlih tempat untuk mempromosikan single terbaru beliau.