Kebelakangan ini kecoh dan trending di laman Twitter apabila tular video lelaki kacak berdurasi 42 saat yang dikatakan menyerupai pelakon Hun Haqeem dalam keadaan tidak berbaju selain pada hujung video menggosok alat kemaluannya dengan ghairah.
Kepada yang masih belum mengenali Hun Haqeem, beliau merupakan seorang pelakon baru yang semakin melonjak populariti. Memegang watak jejaka bernama Jekfer dalam drama yang sekarang ini tengah di TV3 iaitu Kampung People yang baru sahaja melabuhkan musim keduanya minggu lalu.
Populariti Hun Haqeem naik mendadak apabila dia kini membintangi muzik video single terbaharu Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Siapa Tak Mahu di samping pelakon popular, Mira Filzah.
Warganet Masih Berteka-Teki dan Buat Spekulasi
Adakah betul atau sekadar pelanduk dua serupa? Atau mungkin Haqeem menjadi mangsa teknik ‘deepfake’ iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video. Itu kata sebilangan netizen yang tertengok video tersebut di Twitter.
Ramai warganet masih membuat spekulasi selagi mana tiada kenyataan serta penjelasan rasmi dari mulut Hun Haqeem tentang isu panas ini. Setakat hari ini, masih tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada lelaki dalam video berkenaan Haqeem atau mungkin pelanduk dua serupa.
Ramai di kalangan peminat pelakon ini ia mungkin perbuatan khianat dan menggunakan teknik super impose untuk menjatuhkan Hun Haqeem.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan lanjut daripada tuan badan sendiri berhubung kontroversi berkenaan. Apa pun sama-sama kita nantikan.
Sebelum penyebaran video terbabit, turut viral beberapa keping gambar tangkap layar yang didakwa mirip pelakon terbabit.
Pada saat ke-10 video berkenaan, lelaki itu sempat meninggalkan ciuman ‘nakal’ ke arah lensa kamera.
“Nampaknya ramai patah hati lepas tengok video Jekfer,”
– Pengguna Twitter.
Lebih mengejutkan, ada di antara netizen mengambil kesempatan dengan menjual video berkenaan di media sosial dan melakukan scam kononnya mempunyai video yang berdurasi penuh.
Setakat hari ini, usaha media untuk menghubungi Hun Haqeem bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya. Nampaknya pelakon ini memilih untuk mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang reaksi berhubung kontroversi video itu. Lambat laun kontroversi ini akan tenggelam juga ditelan masa.